Assalamualaikum and hi my readers! hari ni saya nak kongsikan sikit maklumat dan info yang saya rasa penting dan perlu untuk adik-adik lepasan SPM kita hehehe. kat sini saya senaraikan program UiTM mengikut kampus-kampus yang ada di setiap negeri. InshaAllah setakat ni, saya rasa ni info yang tepat sebab sumbernya saya dapat daripada laman web UiTM setiap cawangan :D kalau ada yang silap/salah, boleh bagitau saya kat ruang komen tau. Thanks!
UiTM Selangor
Kampus Shah Alam (kampus utama):
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Fakulti Kejuruteraan Elektrikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia & Pemprosesan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia & Bioproses
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak & Gas
Fakulti Kejuruteraan Awam
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Fakulti Undang-Undang
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
Fakulti Sains Gunaan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Biomolekul)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Persekitaran)
Ijazah Sarjana Muda Kimia (Analisis Forensik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Bahan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Industri)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Polimer)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains & Teknologi Makanan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Perabot)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Tekstil)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Bio-Komposit)
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Sistem Pakar)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Sistem Maklumat)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komunikasi Data & Rangkaian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengkomputeran)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Matematik)
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman & Ameniti
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Instruksional & Latihan)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Antarapersonal)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Pengurusan Komunikasi & Polisi)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penerbitan)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Pengiklanan)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Fakulti Filem, Teater & Animasi
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Teater)
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Tekstil)
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari
Akademi Pengajian Bahasa
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu) Komunikasi Profesional
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Inggeris) Komunikasi Profesional
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Arab) Komunikasi Profesional
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Diploma Muamalat
Ijazah Sarjana Muda Muamalat
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal
Kampus Seksyen 17:
Fakulti Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Seni & Seni Reka)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Matematik)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani & Kesihatan)
Fakulti Muzik
Diploma Muzik
Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Komposisi)
Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Persembahan)
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Muzik
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik)
Kampus Dengkil (kampus pelajar asasi sahaja):
Pusat Asasi
Asasi Sains
Asasi Kejuruteraan
Asasi TESL
Asasi Undang-Undang
Kampus Sungai Buloh (kampus ‘Pre-Clinical’ pelajar tahun 1-3):
Fakulti Perubatan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan
Fakulti Pergigian
Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Kampus Selayang (kampus ‘Post-Clinical’ pelajar tahun 4-5):
Fakulti Perubatan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan
Kampus Puncak Alam:
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah
Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina)
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pembinaan
Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman
Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman & Ameniti
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Fesyen)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seramik)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Logam Halus)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Tekstil)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Teknologi Percetakan)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Fotografi & Pengimejan Digital)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Grafik)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Tekstil)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Logam Kontemporari)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Perindustrian)
Ijazah Sarjana Muda Seramik Perindustrian
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Fesyen)
Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif
Ijazah Sarjana Muda Seni Halus
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Budaya Visual
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Insurans)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keushawanan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Peruncitan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis
Fakulti Sains Kesihatan
Diploma Fisioterapi
Diploma Kejururawatan
Diploma Pemulihan Cara Kerja
Diploma Pengimejan Perubatan
Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Diploma Kesihatan Persekitaran
Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi
Ijazah Sarjana Muda Optometri
Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja
Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan
Ijazah Sarjana Muda Pemakanan & Dietetik
Ijazah Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Fakulti Farmasi
Diploma Farmasi
Ijazah Sarjana Muda Farmasi
Fakulti Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Diploma Pengurusan Halal
Kampus Puncak Perdana:
Fakulti Pergigian (kampus latihan klinikal pelajar)
Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Fakulti Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan & Maklumat)
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat)
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekod)
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Pusat Sumber)
Fakulti Filem, Teater & Animasi
Diploma Teknologi Kreatif (Skrin)
Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik)
Diploma Teknologi Kreatif (Teater)
Diploma Teknologi Kreatif (Pengurusan Industri Kreatif)
Diploma Animasi *Program baru
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Skrin)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Teater)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Pengurusan Industri Kreatif)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Animasi & Teknologi Skrin)
UiTM Johor
Kampus Segamat:
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Sains Matematik
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Analisis Pelaburan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pelaburan)
Fakulti Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekod)
Kampus Pasir Gudang:
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
Fakulti Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kawalan & Instumentasi)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Diploma Kejuruteraan Kimia
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
UiTM Melaka
Kampus Alor Gajah:
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
Diploma Komunikasi & Media
Fakulti Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL)
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Kampus Bandaraya Melaka:
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Diploma Pengurusan Pelancongan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Insurans)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Fotografi & Pengimejan Kreatif)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
Kampus Jasin:
Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komunikasi Data & Rangkaian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Sistem Maklumat)
UiTM Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah:
Fakulti Sains Gunaan
Diploma Sains
Diploma Mikrobiologi
Diploma Teknologi Makanan
Diploma Teknologi Tekstil
Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Kampus Seremban 3:
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
Diploma Pengajian Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Diploma Pentadbiran Awam
Diploma Pentadbiran Korporat
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Aktuari
Sarjana Muda Sains (Statistik)
Sarjana Muda Sains (Matematik)
Sarjana Muda Sains (Matematik Pengkomputeran)
Sarjana Muda Sains (Matematik Pengurusan)
Kampus Rembau:
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
UiTM Pahang
Kampus Jengka:
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Sains Gunaan
Diploma Sains
Diploma Industri Perkayuan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Perabot)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Bio-Komposit)
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengkomputeran)
Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Diploma Pengurusan Ladang
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat
Fakulti Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
Diploma Pengajian Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
Kampus Raub:
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
UiTM Terengganu
Kampus Dungun:
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengkomputeran Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komunikasi Data & Rangkaian)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengkomputeran)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Peralatan)
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Diploma Kejuruteraan Kimia
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Diploma Pentadbiran Awam
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Diploma Seni Kulinari
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Analisis Pelaburan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Kampus Kuala Terengganu:
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
UiTM Kelantan
Kampus Kota Bharu:
Fakulti Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
Kampus Machang:
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat
Fakulti Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan Maklumat
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Statistik
Diploma Sains Matematik
Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik)
UiTM Perak
Kampus Tapah:
Fakulti Sains Gunaan
Diploma Sains
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Sains Aktuari
Diploma Sains Matematik
Diploma Statistik
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Kampus Sri Iskandar:
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seramik)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Fesyen)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Fotografi & Pengimejan Digital)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Grafik)
Ijazah Sarjana Muda Seni Halus
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
Diploma Senibina Landskap
Diploma Ukur Bahan
Diploma Bangunan
Diploma Ukur Bangunan
Diploma Pengurusan Hartanah
Diploma Rekabentuk Dalaman
Diploma Perancangan Bandar & Wilayah
Diploma Sains Geomatik
Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina)
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat
Kampus Teluk Intan (kampus ‘posting’ pelajar ‘Rural Health’):
Fakulti Perubatan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan
UiTM Kedah
Kampus Sungai Petani:
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Diploma Pentadbiran Awam
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Industri
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Sains Matematik
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
Fakulti Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan Perpustakaan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Maklumat & Perpustakaan)
UiTM Pulau Pinang
Kampus Permatang Pauh:
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Peralatan)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Fakulti Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Infrastruktur)
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Statistik
Diploma Sains Komputer
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Diploma Seni Kulinari
Diploma Seni Pastri *Program baru
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel
Kampus Bertam:
Fakulti Sains Kesihatan
Diploma Kesihatan Persekitaran
Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Fakulti Farmasi
Diploma Farmasi
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
UiTM Perlis
Kampus Arau:
Fakulti Sains Gunaan
Diploma Sains
Diploma Teknologi Polimer
Diploma Kimia Perindustrian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Polimer)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Marin)
Fakulti Perakaunan
Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
Diploma Sains Geomatik
Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
Diploma Pengajian Sukan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Sains Matematik
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengurusan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Komunikasi Data & Rangkaian)
Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)
UiTM Sarawak
Kampus Kota Samarahan 1:
Fakulti Sains Kesihatan
Diploma Kejururawatan
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Diploma Kejuruteraan Kimia
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
Diploma Bangunan
Diploma Ukur Bahan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina)
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Fakulti Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan Maklumat
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
Diploma Pengajian Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Diploma Seni Halus & Seni Reka (Seni Halus)
Diploma Seni Halus & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
Kampus Kota Samarahan 2:
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Diploma Pengurusan Halal
Fakulti Sains Gunaan
Diploma Sains
Diploma Kimia Perindustrian
Diploma Teknologi Makanan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Diploma Pengurusan Pelancongan
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Diploma Pentadbiran Awam
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Fakulti Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
Kampus Mukah:
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Diploma Pengurusan Ladang
UiTM Sabah
Kampus Kota Kinabalu / Kampus Tawau:
Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Diploma Pengurusan Ladang
Fakulti Sains Gunaan
Diploma Sains
Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi)
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Diploma Pengurusan Pelancongan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Diploma Pentadbiran Awam
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
[ Nota 1 ] : Sumber diperoleh dan diambil daripada laman web UiTM cawangan setiap negeri dan laman web fakulti.
[ Nota 2 ] : Berkemungkinan ada beberapa program yang sudah tiada di mana-mana kampus/telah berpindah ke kampus cawangan/kampus negeri lain.
[ Nota 3 ] : Jika ada nama program diatas yang seakan-akan sama bermakna ia adalah program yang sama dibawah seliaan fakulti tersebut, contoh: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan = Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
[ Nota 4 ] : Saya bukan pelajar/staff UiTM, tapi ini antara info yang tepat dapat diberikan setakat ini :)
[ Nota 5 ] : Entry ini telah di-update pada 21 Mei 2016 jam 6:40 petang.
26 June 2015
18 June 2015
Pinjaman/Biasiswa Pendidikan Yayasan-yayasan Negeri & Agensi/Syarikat GLC
Assalamualaikum and holla people!
Kita jumpa lagi dalam entry baru ni hehe yay! Ok straight to the point, entry kali ni saya lebih nak bercerita pasal pembiayaan pendidikan selain PTPTN. Saya rasa benda ni sangat-sangat penting supaya adik-adik lepasan SPM kita tau yang pembiayaan pendidikan ni boleh dimohon dari agensi lain. Haa tak sabar nak tau kan? Jom kita check it out hahaha! Before that, saya akan explain just few educational fund under beberapa agensi kat Malaysia and yang lain-lain saya cuma listkan link berkaitan ok? Good!
So antara agensi yang menawarkan pembiayaan ialah:
1. YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)
a. Syarat am:
- Warga Negeri Johor DAN menetap di Negeri Johor
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon
- Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
- TIADA penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)
- Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’
b. Bidang pengajian dan institusi pengajian tinggi yang dibiayai ialah:
i) IPTA/UiTM/Politeknik KPM - Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah.
ii) IPTS (MAS, MMU, UTP, UNITEN& UniKL) - Diploma/Sarjana Muda.
iii) Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) - Diploma/Sijil.
iv) MARSAH Johor - Diploma.
v) Kursus Profesional di IPTA/UiTM sahaja (ACCA dan lain-lain).
- Kursus/bidang pengajian di dalam jadual-jadual di atas adalah kursus/bidang pengajian yang akan diberi keutamaan. Walaubagaimanapun, permohonan selain dari kursus/bidang yang dinyatakan di dalam jadual juga akan dipertimbangkan oleh pihak YPJ.
c. Jumlah pembiayaan yang diberi:
d. Syarat kelayakan gaji ibubapa/penjaga/pasangan yang dibenarkan:
e. Pinjaman boleh ubah: bagi pelajar yang berkelayakan yang memperoleh CGPA seperti dalam gambar, boleh memohon untuk pengurangan bayaran balik.
- Kadar pengurangan bayaran balik bagi peringkat Doktor Falsafah (PHD), Sarjana (Master), Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan Profesional ialah:
- Kadar pengurangan bayaran balik bagi peringkat Diploma dan Sijil ialah:
- Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4 % bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.
2. YAYASAN NEGERI SEMBILAN (YNS)
a. Syarat-syarat permohonan:
- Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anak Negeri Sembilan
ATAU
Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan
ATAU
Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap TIDAK KURANG dari LAPAN (8) tahun BERTERUSAN di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / JKKK / Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan)
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,400.00
b. Jenis institusi yang dibiaya ialah:
- Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA) *klik link
- Semua Politeknik Tempatan (KPM) *klik link
- Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)
- Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan
c. Tarikh permohonan dibuka:
d. Cara memohon:
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui dari laman web Yayasan Negeri Sembilan.
3. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR: PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR
a. Syarat kelayakan permohonan:
b. Syarat akademik bagi pemohon:
c. Peringkat pengajian yang ditawarkan:
- Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor: SEMUA bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
- Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track' Negeri Selangor: Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
d. Kadar pembiayaan yang diberi:
[LINK 1] MAKLUMAT PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR
4. YAYASAN SARAWAK
a. Maklumat skim pinjaman:
5. YAYASAN BANK RAKYAT: PERMOHONAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH (PPBU)
a. Kelayakan pemohon:
b. Syarat umum:
c. Syarat khusus:
d. Institusi pengajian:
e. Bidang pengajian:
f. Kadar pengurangan bayaran balik/boleh ubah pinjaman ialah mengikut CGPA pelajar:
- 3.75-4.00 BIASISWA & TIDAK PERLU BAYARAN BALIK
- 3.50-3.75 bayaran balik sebanyak 10%
- 3.00-3.50 bayaran balik sebanyak 30%
- 2.50-3.00 bayaran balik sebanyak 50%
- 2.00-2.50 bayaran balik sebanyak 70%
- 0.00-2.00 PINJAMAN TERBATAL & PERLU MEMBAYAR BALIK PINJAMAN
[LINK 2] CARA-CARA PERMOHONAN PPBU YBR
[LINK 3] SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PPBU YBR
Fuhhhhh! Finally siap jugak explain 5 education funds untuk korang check and survey bagi memudahkan korang. Tapi jangan risau, tak bermakna hanya negeri yang saya explain je ada pinjaman pendidikan daripada yayasan mereka. Untuk negeri-negeri lain pun ada jugak yayasan masing-masing. So saya listkan link kat bawah ni termasuk beberapa agensi berkaitan kerajaan (GLC):
1. YAYASAN NEGERI-NEGERI YANG LAIN:
- Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (link lama: http://epinjaman.perak.gov.my/)
- Yayasan Kelantan Darul Naim (maklumat permohonan secara manual: Borang Permohonan)
2. SYARIKAT/AGENSI BERKAITAN KERAJAAN (GLC):
- Petronas
16 June 2015
Permohonan Pra-Diploma di IPTA/Politeknik
Assalamualaikum and hi readers!
Nampaknya kita jumpa lagi dalam entry baru kali ni. Memandangkan musim atau demam UPU/rayuan belum habis lagi hehehe so saya amek kesempatan ni untuk menerangkan pasal something yang maybe boleh membuka hati sesiapa saja especially adik-adik lepasan SPM kita. So let's check it out! Yeay!
First of all, pernah tak korang dengar program PRA-DIPLOMA / PERSEDIAAN DIPLOMA yang ditawarkan oleh mana-mana IPTA? Tak pernah dengar? Haa ni lah masa yang tepat dan sesuai untuk korang semua ambil tahu supaya korang boleh sebarkan pada rakan-rakan atau adik-adik korang yang bakal menamatkan tingkatan 5 tahun ni ke kan?
Ok, PRA-DIPLOMA / PERSEDIAAN DIPLOMA ni merupakan satu program yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM tahun semasa/tahun sebelumnya yang result SPMnya tak melepasi syarat kemasukan diploma di IPTA. Tetapi ada juga pelajar lepasan SPM yang dapat excellent result memilih untuk mengambil pra-diploma/persediaan diploma ni.
Jadi kat sini kita boleh simpulkan bahawa pra-diploma/persediaan diploma ni sebagai salah satu tiket untuk kita jejakkan kaki ke U dan andai korang boleh dapat result cemerlang semasa final exam pra-diploma/persediaan diploma tu, korang boleh terus diserap masuk untuk mengambil DIPLOMA di U yang sama. Haa bukan ke advantage? Bagus kan? Lelagi bagi kawan-kawan kita yang result SPM/trial SPMnya kurang bernasib baik.
So jom kita tengok IPTA mana yang menawarkan program PRA-DIPLOMA / PERSEDIAAN DIPLOMA:
1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Di UTHM, ianya diberi nama sebagai PERSEDIAAN DIPLOMA tapi dalam kalangan student dan saya sendiri sebagai ex-UTHM pun kami sebut kasi mudah as pra-dip hehe.
- Pelajar yang berminat untuk memohon program ini hendaklah menggunakan keputusan TRIAL SPM (haa penting ni, take note! jangan buat main-main masa trial sebab result trial pun dipandang oleh some IPTA)
- Permohonan hendaklah dibuat secara online dan korang boleh layari http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu/ untuk mengetahui tarikh permohonan dibuka dan ditutup. Saya suggest korang sentiasa up-to-date dengan link ni. Biasanya bila korang dah lepas trial SPM tu dalam bulan Sep/Oct boleh lah korang check link yang saya bagi tu dan tarikh tutup permohonan pula dalam bulan Nov.
- Kemasukan program ini ialah pada bulan Disember. Tempoh pengajian pula selama 4 bulan (sehingga bulan April)
- Program ini TIADA specific course, HANYA beberapa subjek asas yang perlu korang ambil and belajar sepanjang semester itu. Subjeknya ialah: Calculus, Algebra, Engineering Science, Communication & Critical Thinking, Writing, Basic Information Technology.
- Yuran pengajian pula dianggarkan lebih kurang RM2500+ (if i'm not mistaken)
- Kelebihan mengambil program ini:
* Majlis konvokesyen khas buat lepasan program persediaan diploma di dewan UTHM (memakai jubah konvo UTHM tau!)
* Kemudahan disediakan seperti bas, pusat kesihatan universiti, library, kolej kediaman (pelajar pra-dip UTHM di KKTM Sri Gading yang bebetul bersebelahan dengan UTHM!)
* Pelajar lepasan pra-dip UTHM ni boleh melanjutkan DIPLOMA UTHM sekiranya dapat pointer excellent
Untuk melihat brosur program PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (brosur tahun 2014), klik Persediaan Diploma UTHM
Untuk testimoni ex-student pra-dip UTHM, korang boleh check blog ni: Program Persediaan Diploma UTHM
2. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Dipanggil sebagai PRA-DIPLOMA dan program ni terdapat di setiap negeri yang mempunyai kampus UiTM
- Pelajar yang berminat untuk memohon program ni boleh donwload borang di Borang Permohonan Pra-Diploma (pilih Borang Permohonan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB))
- Permohonan kemasukan ke program pra-diploma UiTM ni menggunakan result rasmi SPM, sangat-sangat digalakkan bagi lepasan SPM yang kurang cemerlang resultnya (contoh: Matematik/Bahasa Inggeris/Sains dapat E)
- Borang yang telah lengkap diisi berserta segala salinan yang diperlukan perlulah dihantar kepada unit MDAB di mana-mana cawangan UiTM. Senarai alamat seperti dibawah:
- TIADA TARIKH TUTUP PERMOHONAN tetapi pengambilan pelajar pra-diploma ni ada pada bulan Jun (Sesi 1) dan Disember (Sesi 2)
- Pra-Diploma yang ditawarkan ialah: PRA-DIPLOMA SAINS dan PRA-DIPLOMA PERDAGANGAN
- Tempoh pengajian selama 1 atau 2 semester (6-12 bulan) *bergantung kepada pindaan pihak U
- Syarat kemasukan program ni ialah:
- Kelebihan program pra-diploma ni ialah:
* Pengecualian yuran pengajian
* Kemudahan asrama
* Elaun bulanan/wang sara diri
Untuk membaca testimoni pelajar yang pernah mengikuti pra-diploma UiTM ni, boleh baca di Kelebihan Pra-Diploma UiTM ataupun untuk maklumat lanjut boleh check di Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM (MDAB)
3. Politeknik KPM
- Dipanggil sebagai PRA-DIPLOMA dan program ni terdapat di setiap politeknik KPM secara pengajian sepenuh masa
- Diutamakan kepada pelajar berbangsa INDIA dan warga FELDA
- Pelajar yang berminat untuk memohon boleh membeli nombor unik ID di semua cawangan Bank Simpanan Malaysia
- Permohonan dibuka bermula bulan Februari sehingga bulan April dan kemasukan pelajar pra-diploma Politeknik ni ialah bulan Jun
- Permohonan program ni boleh dilakukan di link Permohonan Pra-Diploma Politeknik Lepasan SPM Sesi Jun
- Permohonan kemasukan ke program pra-diploma Politeknik ni menggunakan result rasmi SPM, sangat-sangat digalakkan bagi lepasan SPM yang kurang cemerlang resultnya (contoh: Matematik/Bahasa Inggeris/Sains dapat E)
- Pra-Diploma yang ditawarkan ialah: PRA-DIPLOMA SAINS dan PRA-DIPLOMA PERDAGANGAN
- Tempoh pengajian selama 1 atau 2 semester
- Syarat kemasukan pula seperti:
Ok, ni saja maklumat yang daya perolehi untuk program pra-diploma/persediaan diploma di IPTA dan Politeknik. Apa-apa boleh letak soalan kat komen bawah, hehehe!
TERKINI ! [8 NOVEMBER 2015]
Permohonan ke program PERSEDIAAN DIPLOMA / PRA-DIPLOMA UTHM bagi pelajar tingkatan 5 / SPM 2015 (tahun semasa) telah dibuka bagi kemasukan Januari 2016.
Info lanjut sila ke pautan (link) : http://uhsb.uthm.edu.my/pdiputhm/
Pautan (link) untuk permohonan online : http://uhsb.uthm.edu.my/pdiputhm/mohon.html
Nota: Post ini juga akan di-update jika ada sebarang pindaan. Boleh bookmark untuk semakan akan datang.
15 June 2015
Permohonan Politeknik Ambilan Sesi Disember 2015/2016
Assalamualaikum and hello again readers!
Entry hari ni pula saya nak share bagi lepasan SPM yang tak berjaya ke Politeknik KPM (Premier/Konvensional) sama ada first intake atau rayuan, haa ni ada berita baik kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat nak masuk Politeknik iaitu:
KEMASUKAN POLITEKNIK KPM SESI DISEMBER 2015
Bagi yang berminat untuk memohon, boleh membeli nombor unik ID dengan harga RM15.60 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional TETAPI kalau korang masih simpan nombor unik ID BSN yang digunakan semasa permohonan UPU first intake/rayuan (kemasukan bulan Jun), jadi nombor unik ID BSN (nombor pin) tu masih SAH DAN BOLEH digunakan lagi.
Tarikh permohonan dibuka pada 10 Ogos 2015 sehingga 5 Oktober 2015. Permohonan dibuat secara online dan korang boleh layari http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp untuk capaian borang permohonan. Tarikh tutup permohonan pula pada 5 Oktober 2015. Saya galakkan korang sentiasa up-to-date dengan link dinyatakan kat atas ni supaya tak terlepas tarikh permohonan.
Korang juga boleh menyemak senarai program dan syarat kemasukan di:
1. Politeknik Premier: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp?pg=program&kat=dp
2. Politeknik Konvensional: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp?pg=program&kat=d
Bagi yang keliru and masih tercari-cari course/program diploma politeknik yang bersesuaian dengan result SPM korang, bolehlah lakukan semakan di e-Semak : Sistem Semakan Syarat Kemasukan Ke Politeknik KPM.
Iklan / hebahan permohonan kemasukan di laman web Politeknik |
TERKINI 2: Tarikh-tarikh Penting Permohonan Kemasukan
1. Buka permohonan : 10 OGOS 2015 (ISNIN)
2. Tutup permohonan : 5 OKTOBER 2015 (ISNIN)
3. Semakan panggilan temuduga : 7 OKTOBER 2015 (RABU)
4. Sesi temuduga : 12 - 13 OKTOBER 2015 (ISNIN - SELASA)
5. Hebahan keputusan permohonan : 23 OKTOBER 2015 (JUMAAT)
6. Pendaftaran pelajar : 22 / 23 NOVEMBER 2015 (AHAD / ISNIN)
TERKINI 3: Bidang-bidang Pengajian yang Ditawarkan & Peringkat Pengajian
Bidang Pengajian |
Peringkat pengajian |
TERKINI 4: Kaedah Permohonan & Pertanyaan Pengambilan Pelajar
Korang boleh membuat permohonan dengan klik link bawah ni:
Maklumat mengenai kaedah permohonan |
Talian yang boleh dihubungi untuk pertanyaan / menghadapi sebarang masalah |
NOTA: Entry ni akan di-update dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh bookmark post ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)