16 June 2015

Permohonan Pra-Diploma di IPTA/Politeknik

Assalamualaikum and hi readers!

Nampaknya kita jumpa lagi dalam entry baru kali ni. Memandangkan musim atau demam UPU/rayuan belum habis lagi hehehe so saya amek kesempatan ni untuk menerangkan pasal something yang maybe boleh membuka hati sesiapa saja especially adik-adik lepasan SPM kita. So let's check it out! Yeay!

First of all, pernah tak korang dengar program PRA-DIPLOMA / PERSEDIAAN DIPLOMA yang ditawarkan oleh mana-mana IPTA? Tak pernah dengar? Haa ni lah masa yang tepat dan sesuai untuk korang semua ambil tahu supaya korang boleh sebarkan pada rakan-rakan atau adik-adik korang yang bakal menamatkan tingkatan 5 tahun ni ke kan?

Ok, PRA-DIPLOMA / PERSEDIAAN DIPLOMA ni merupakan satu program yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM tahun semasa/tahun sebelumnya yang result SPMnya tak melepasi syarat kemasukan diploma di IPTA. Tetapi ada juga pelajar lepasan SPM yang dapat excellent result memilih untuk mengambil pra-diploma/persediaan diploma ni. 

Jadi kat sini kita boleh simpulkan bahawa pra-diploma/persediaan diploma ni sebagai salah satu tiket untuk kita jejakkan kaki ke U dan andai korang boleh dapat result cemerlang semasa final exam pra-diploma/persediaan diploma tu, korang boleh terus diserap masuk untuk mengambil DIPLOMA di U yang sama. Haa bukan ke advantage? Bagus kan? Lelagi bagi kawan-kawan kita yang result SPM/trial SPMnya kurang bernasib baik.

So jom kita tengok IPTA mana yang menawarkan program PRA-DIPLOMA / PERSEDIAAN DIPLOMA:

1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


- Di UTHM, ianya diberi nama sebagai PERSEDIAAN DIPLOMA tapi dalam kalangan student dan saya sendiri sebagai ex-UTHM pun kami sebut kasi mudah as pra-dip hehe. 

- Pelajar yang berminat untuk memohon program ini hendaklah menggunakan keputusan TRIAL SPM (haa penting ni, take note! jangan buat main-main masa trial sebab result trial pun dipandang oleh some IPTA)

- Permohonan hendaklah dibuat secara online dan korang boleh layari http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu/ untuk mengetahui tarikh permohonan dibuka dan ditutup. Saya suggest korang sentiasa up-to-date dengan link ni. Biasanya bila korang dah lepas trial SPM tu dalam bulan Sep/Oct boleh lah korang check link yang saya bagi tu dan tarikh tutup permohonan pula dalam bulan Nov.

- Kemasukan program ini ialah pada bulan Disember. Tempoh pengajian pula selama 4 bulan (sehingga bulan April)

- Program ini TIADA specific course, HANYA beberapa subjek asas yang perlu korang ambil and belajar sepanjang semester itu. Subjeknya ialah: Calculus, Algebra, Engineering Science, Communication & Critical Thinking, Writing, Basic Information Technology.

- Yuran pengajian pula dianggarkan lebih kurang RM2500+ (if i'm not mistaken)

- Kelebihan mengambil program ini: 
* Majlis konvokesyen khas buat lepasan program persediaan diploma di dewan UTHM (memakai jubah konvo UTHM tau!)
* Kemudahan disediakan seperti bas, pusat kesihatan universiti, library, kolej kediaman (pelajar pra-dip UTHM di KKTM Sri Gading yang bebetul bersebelahan dengan UTHM!)
* Pelajar lepasan pra-dip UTHM ni boleh melanjutkan DIPLOMA UTHM sekiranya dapat pointer excellent

Untuk melihat brosur program PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (brosur tahun 2014), klik Persediaan Diploma UTHM
Untuk testimoni ex-student pra-dip UTHM, korang boleh check blog ni: Program Persediaan Diploma UTHM



2. Universiti Teknologi MARA (UiTM)


- Dipanggil sebagai PRA-DIPLOMA dan program ni terdapat di setiap negeri yang mempunyai kampus UiTM

- Pelajar yang berminat untuk memohon program ni boleh donwload borang di Borang Permohonan Pra-Diploma (pilih Borang Permohonan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB))

- Permohonan kemasukan ke program pra-diploma UiTM ni menggunakan result rasmi SPM, sangat-sangat digalakkan bagi lepasan SPM yang kurang cemerlang resultnya (contoh: Matematik/Bahasa Inggeris/Sains dapat E)

- Borang yang telah lengkap diisi berserta segala salinan yang diperlukan perlulah dihantar kepada unit MDAB di mana-mana cawangan UiTM. Senarai alamat seperti dibawah:




- TIADA TARIKH TUTUP PERMOHONAN tetapi pengambilan pelajar pra-diploma ni ada pada bulan Jun (Sesi 1) dan Disember (Sesi 2)

- Pra-Diploma yang ditawarkan ialah: PRA-DIPLOMA SAINS dan PRA-DIPLOMA PERDAGANGAN

- Tempoh pengajian selama 1 atau 2 semester (6-12 bulan) *bergantung kepada pindaan pihak U

- Syarat kemasukan program ni ialah:


- Kelebihan program pra-diploma ni ialah:
* Pengecualian yuran pengajian
* Kemudahan asrama
* Elaun bulanan/wang sara diri

Untuk membaca testimoni pelajar yang pernah mengikuti pra-diploma UiTM ni, boleh baca di Kelebihan Pra-Diploma UiTM ataupun untuk maklumat lanjut boleh check di Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM (MDAB)



3. Politeknik KPM


- Dipanggil sebagai PRA-DIPLOMA dan program ni terdapat di setiap politeknik KPM secara pengajian sepenuh masa

- Diutamakan kepada pelajar berbangsa INDIA dan warga FELDA

- Pelajar yang berminat untuk memohon boleh membeli nombor unik ID di semua cawangan Bank Simpanan Malaysia

- Permohonan dibuka bermula bulan Februari sehingga bulan April dan kemasukan pelajar pra-diploma Politeknik ni ialah bulan Jun

- Permohonan program ni boleh dilakukan di link Permohonan Pra-Diploma Politeknik Lepasan SPM Sesi Jun

- Permohonan kemasukan ke program pra-diploma Politeknik ni menggunakan result rasmi SPM, sangat-sangat digalakkan bagi lepasan SPM yang kurang cemerlang resultnya (contoh: Matematik/Bahasa Inggeris/Sains dapat E)

- Pra-Diploma yang ditawarkan ialah: PRA-DIPLOMA SAINS dan PRA-DIPLOMA PERDAGANGAN

- Tempoh pengajian selama 1 atau 2 semester

- Syarat kemasukan pula seperti:



Ok, ni saja maklumat yang daya perolehi untuk program pra-diploma/persediaan diploma di IPTA dan Politeknik. Apa-apa boleh letak soalan kat komen bawah, hehehe!

TERKINI ! [8 NOVEMBER 2015]

Permohonan ke program PERSEDIAAN DIPLOMA / PRA-DIPLOMA UTHM bagi pelajar tingkatan 5 / SPM 2015 (tahun semasa) telah dibuka bagi kemasukan Januari 2016.


Info lanjut sila ke pautan (link) : http://uhsb.uthm.edu.my/pdiputhm/
Pautan (link) untuk permohonan online : http://uhsb.uthm.edu.my/pdiputhm/mohon.html




Nota: Post ini juga akan di-update jika ada sebarang pindaan. Boleh bookmark untuk semakan akan datang.