25 February 2018

Permohonan Diploma Sepenuh Masa Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi Mei 2018

Assalamualaikum & selamat petang.

Pada kali ini, admin ingin berkongsi maklumat permohonan program diploma sepenuh masa dari sebuah institusi yang ditanggung atau dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) iaitu:

KEMASUKAN KE KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) BAGI SESI JUN 2018


Iklan mengenai permohonan adalah seperti dibawah:


1. LAMAN WEB & PORTAL PERMOHONAN

Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara online melalui:
a) Portal permohonan IPMa: SPUPIM 2018 [Klik Sini]
b) Laman web UPIM (IPMa): Unit Pusat Institusi MARA [Klik Sini]

2. KATEGORI PERMOHONAN & PERINGKAT PENGAJIAN

Terbuka untuk semua lepasan:

a) SPM tahun semasa dan bukan tahun semasa.
b) SKM / Sijil Suruhanjaya Tenaga dan yang setaraf dengannya.
c) STPM / Asasi / Matrikulasi / STAM & yang setaraf dengannya.
d) DKM (Diploma Kemahiran Malaysia) & DVM (Diploma Vokasional Malaysia)

3. TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN

a) Permohonan DIBUKA: 1 Mac 2018
b) Permohonan DITUTUP: 30 Mac 2018
c) Semakan kelayakan & cetakan slip tawaran: 9 April - 27 April 2018
d) Permohonan rayuan: Mei 2018
e) Tempoh pembayaran penerimaan tawaran & muat turun dokumen: 9 April - 4 Mei 2018
f) Tarikh akhir pengesahan pembayaran (muat naik resit pembayaran) & muat turun dokumen: Sebelum 4 Mei 2018
g) Pendaftaran pelajar baharu: 15 Mei 2018
h) Program dan syarat kelayakan kemasukan: PROGRAM DAN SYARAT KELAYAKAN DIPLOMA KPM [Klik Sini]

4. HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan secara online sama ada melalui portal permohonan IPMa: SPUPIM 2018 [Klik Sini] ataupun laman web UPIM (IPMa): Unit Pusat Institusi MARA [Klik Sini].

5. INFO GRAFIK TAMBAHAN MENGENAI PERMOHONAN



NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.