10 March 2018

Permohonan Kemasukan ke Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) Sesi Akademik 2018/2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ni saya tulis khusus buat adik-adik atau kawan-kawan kita yang bergelar lepasan SPM/setaraf atau STPM/setaraf yang ingin menyambung pengajian dalam bidang SENI DAN BUDAYA yang ditawarkan dan dibuka oleh institut pengajian tinggi awam iaitu Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi sesi akademik 2018/2019. Berikut merupakan keratan iklan dan maklumat-maklumat penting yang perlu diberi perhatian kepada pemohon yang ingin memohon.


1. PROGRAM YANG DITAWARKAN

PUSAT PENGAJIAN ASASI SENI KREATIF
ASK - Asasi Seni Kreatif

FAKULTI ANIMASI DAN MULTIMEDIA
AAM - Diploma Animasi 
AAM1 - Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
AAM2 - Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian

FAKULTI FILEM DAN TELEVISYEN
AFT - Diploma Filem dan Video 
AFT1 - Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian
AFT2 - Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan) 
AFT3 - Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)

FAKULTI MUZIK
AMZ - Diploma Seni Muzik 
AMZ2 - Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan) 
AMZ3 - Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan) 
AMZ4 - Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio) 

FAKULTI PENULISAN KREATIF
APN - Diploma Penulisan Kreatif 
APN2 - Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif) 
APN3 - Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)

FAKULTI TEATER
ATE - Diploma Teater 
ATE2 - Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan) 
ATE3 - Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan) 
ATE4 - Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi) 
ATE5 - Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengurusan) 

FAKULTI TARI
ATR - Diploma Seni Tari
ATR2 - Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan) 
ATR3 - Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi) 

FAKULTI PENGURUSAN SENI DAN BUDAYA
APBW1 - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian

FAKULTI REKAAN KOMUNIKASI VISUAL
ASHRKV - Diploma Seni Halus
ARKV - Diploma Rekaan Komunikasi Visual
ARKV2 - Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Persembahan dengan Kepujian

2. TATACARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui:

- Laman web rasmi Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA): Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) [Klik Sini]
- Portal permohonan online: Portal Permohonan Online ASWARA [Klik Sini]

3. TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN

a) Hari Terbuka ASWARA: 21 APRIL 2018

b) Permohonan DIBUKA: 5 MAC 2018

c) Permohonan DITUTUP: 15 MEI 2018

d) Semakan PANGGILAN TEMUDUGA: MEI 2018

e) Hebahan KEPUTUSAN Permohonan: 23 JULAI 2018

f) Tarikh PENDAFTARAN Pelajar Baharu: BULAN SEPTEMBER 2018

g) Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Haluan Siswa: BULAN SEPTEMBER 2018

NOTA: HANYA calon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan DIPANGGIL untuk menghadiri sesi TEMUDUGA 

4. KADAR YURAN & PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Berikut merupakan butiran yuran yang perlu dibayar oleh pelajar:

a) ASASI SENI KREATIF: 1 TAHUN (3 SEMESTER)
Yuran pengajian:  RM 2500.00 
Yuran Asrama: RM 1500.00 
* DITAJA oleh pihak ASWARA KECUALI bagi yuran-yuran yang telah ditetapkan oleh Fakulti Muzik, Filem & Televisyen, Animasi & Multimedia, Rekaan Komunikasi Visual, Tari, Teater, Penulisan Kreatif dan Pengurusan Seni & Budaya.

b) SEMUA PROGRAM DIPLOMA: 3 TAHUN (6 SEMESTER)



c) SEMUA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA: 3 TAHUN (6 SEMESTER)



Maklumat lanjut boleh layari Yuran Pra Siswazah ASWARA [Klik Sini]

Pelajar boleh mendapatkan pembiayaan pendidikan melalui agensi-agensi berikut:

- Pinjaman ASWARA
- Biasiswa ASWARA
- Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
- Yayasan Pelajaran Johor
- Yayasan Pahang
- Yayasan Pelajaran Terengganu
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
- Yayasan Bank Rakyat
- PERKESO
- FELDA


5. KEMUDAHAN PENGINAPAN PELAJAR

a) KELAYAKAN PERMOHONAN ASRAMA
- Pelajar Asasi Seni Kreatif diberi kemudahan tinggal di asrama.
- Keutamaan kepada Pelajar tahun satu Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
- Sekiranya ada kekosongan, Bahagian HEP akan menawarkan asrama kepada pelajar tahun 1 yang tinggal di lembah Klang dan Kuala Lumpur.
- Sekiranya masih ada lagi kekosongan, Bahagian HEP akan menawarkan kepada pelajar tahun 2 dan tahun 3 pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda.

b) KADAR YURAN ASRAMA
- Yuran asrama adalah RM500.00 satu semester.
- Setiap barang elektrik wajib didaftarkan dan membayar RM10.00 untuk satu barang elektrik bagi satu semester.

c) BARANG YANG DILARANG DI BAWA KE ASRAMA
- Rice cooker
- Kettle
- Dapur gas
- Bahan kimia berbahaya
- Bahan yang dikategorikan dadah/rokok/vape
- Dapur elektrik
- Bahan-bahan yang boleh membawa kebakaran

Maklumat lanjut boleh layari Kemudahan Asrama Pelajar ASWARA [Klik Sini]

6. MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI ASWARA

Latar Belakang
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dahulunya dikenali sebagai AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Terdapat 7 fakulti di ASWARA iaitu:

:: FAKULTI ANIMASI DAN MULTIMEDIA
:: FAKULTI FILEM DAN TELEVISYEN
:: FAKULTI MUZIK
:: FAKULTI PENULISAN KREATIF
:: FAKULTI TEATER
:: FAKULTI TARI
:: FAKULTI REKAAN KOMUNIKASI VISUAL

Maklumat lanjut boleh layari Pengenalan Fakulti-Fakulti ASWARA [Klik Sini]

NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.