27 August 2018

Permohonan UiTM Kemasukan Sesi Akademik 2 2018/2019 (Lepasan SPM/setaraf)

Assalamualaikum & selamat malam.

Admin blog pada kali ini ingin berkongsi info dan maklumat penting untuk adik-adik lepasan SPM mahupun lulusan yang setaraf dengan SPM mengenai:

PERMOHONAN KE UiTM PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI 2 2018/2019

Iklan mengenai permohonan adalah seperti dibawah:


Pemohon yang berminat untuk memohon boleh membeli nombor pin UiTM di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.06 bermula 9 Julai 2018.

Permohonan kemasukan sesi akademik 2 ini menawarkan program Asasi Undang-Undang dan semua Diploma UiTM (kecuali Diploma Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Fisioterapi, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Pemulihan Cara Kerja & Diploma Farmasi). Pemohon boleh merujuk di Program DIPLOMA & ASASI Ambilan Sesi 2 2018/2019 [ Klik sini ]

Semakan syarat kemasukan/syarat kelayakan mengikut keputusan SPM boleh dilakukan dalam:

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting mengenai permohonan kemasukan sesi akademik 2 2018/2019:

a) Tempoh permohonan online: 9 Julai - 3 September 2018 (telah dilanjutkan)
b) Semakan panggilan temuduga (bagi program diploma yang mempunyai sesi temuduga/bertanda # sahaja): Akan dikemaskini
c) Tarikh hebahan keputusan: Akan dikemaskini
d) Pengesahan penerimaan & cetakan surat tawaran: Akan dikemaskini
e) Tempoh permohonan rayuan online: Akan dikemaskini
f) Tarikh hebahan keputusan rayuan: Akan dikemaskini
g) Tarikh pendaftaran pelajar baru: Bulan November 2018 (program Asasi) & Januari 2019 (program Diploma)

Permohonan hendaklah dilakukan di portal kemasukan pelajar UiTM: Borang Permohonan Asasi/Diploma Lepasan SPM/Setaraf [ Klik sini ]

Manakala bagi lepasan SPM/setaraf yang ingin membuat permohonan kemasukan ke program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB UiTM) yang menawarkan program Pra Diploma, pemohon hendaklah memuat turun dan mencetak borang permohonan daripada portal yang sama. Permohonan dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan ke mana-mana alamat cawangan UiTM berdekatan.

Borang permohonan program Pra Diploma MDAB UiTM boleh didapati di Borang Permohonan Pra Diploma (MDAB UiTM) [ Klik sini ]

Segala hebahan maklumat dan perubahan tarikh akan disiarkan dalam portal kemasukan pelajar UiTM: http://online.uitm.edu.my/ [ Klik Sini ] 

NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.