15 May 2015

Pilihan selepas SPM: Diploma, Asasi, Matrikulasi atau Tingkatan 6?

memandangkan sekarang ni ialah musim UPU lebih-lebih lagi bagi lepasan SPM 2014, dah tentu macam-macam planning yang berlegar kat otak. kan?

seperti yang kita tau, 13 April and 6 Mei yang lepas adik-adik SPM leavers kita dah boleh semak keputusan kemasukan ke matrikulasi dan UPU untuk pengambilan program asasi dan diploma. tapi ada dalam kalangan diorang yang masih keliru tentang maklumat antara diploma, asasi, matrikulasi and even tingkatan 6. jadi untuk first entry saya ini, saya akan cuba berikan maklumat yang terbaik untuk kesemua jenis pilihan tadi.

TINGKATAN 6/FORM 6

1. dipanggil Pra-Universiti, menggunakan sistem semester yang mengandungi 3 sem. setiap semester akan ada final exam dan dikira dalam bentuk pointer PNG and PNGK.
2. duration pengajian satu tahun setengah dan beberapa sekolah/institusi telah membenarkan pelajar memakai baju bebas (baju kurung/sopan, kemeja, seluar slack dan tie). ada juga sekolah/institusi yang izinkan student bawa smartphone and laptop as bahan rujukan/pembelajaran.
3. normally ada 2 ALIRAN yang biasa ditawarkan mengikut aliran SPM student sebelum ini. antara aliran yang biasa kita dengar ialah:

a. SAINS/SCIENCE dan subjek yang ditawarkan pula:
- mathematics T/S or furthur mathematics
- chemistry
- biology
- physics


b. KEMANUSIAAN/ARTS dan antara subjek yang ditawarkan:
- bahasa melayu
- pengajian perniagaan
- seni visual
- sains sukan
- sejarah
- perakaunan
- geografi


c. ada juga tingkatan 6/pra-U yang tawarkan subjek keagamaan contohnya:
- syariah
- usuluddin


4. benefit pra-U/tingkatan 6 banyak antaranya:
- tak perlu keluarkan kos pembiayaan dan belanja yang terlalu banyak sebab just bayar yuran sekolah masa hari pendaftaran dan belanja makan pun hanya makanan kantin sekolah (makanan kat kantin sekolah kan murah kan kan?)

- untuk pakaian pula, tak perlu keluarkan belanja yang banyak kerana baju pun hanya pakai baju kurung/formal bagi perempuan and kemeja lengan panjang bagi lelaki. jadi tak perlulah beli jeans ke skirt ke apa sebab tak boleh pakai jenis pakaian gitu kan?

- if student dapat achieve pointer (PNGK) excellent tak kira aliran sains/kemanusiaan, boleh terus apply untuk further degree. ada juga beberapa org berpengalaman/kaunselor cakap, lagi untung bagi sesiapa yang ambil aliran sains dan dapat pointer yang superb, boleh choose nak further degree dalam social science/arts or pure science/medical/health science.

- benefit lainnya ialah masa form 6/pra-U ni lah student dah diberikan kelas and cara-cara nak score dalam MUET oleh guru yang berpengalaman. apa itu MUET? MUET stands for Malaysian University English Test. MUET ni sangat-sangat penting if seseorang nak further degree and at least kena achieve Band 1 bagi kemasukan program degree dalam mana-mana universiti. jadi masa form 6 ni lah boleh gain ilmu daripada guru MUET macam mana nak dapatkan band MUET terbaik.

DIPLOMA

1. program diploma amat-amatlah banyak ditawarkan tak kira di IPTA/IPTS. pemilihan course/diploma ditentukan semasa kita buat permohonan secara online. Untuk student aliran sains ada diploma yang khas untuk student sains and sama juga bagi daripada aliran sastera/kemanusiaan pun ada diploma khas untuk diorang.

2. duration diploma biasanya terbahagi kepada 3 tahun, 2.5 tahun atau 2 tahun bergantung kepada jumlah semester yang perlu dihabiskan bagi sesuatu diploma itu.

3. pelajar diploma juga didedahkan dengan pelbagai jenis bahan dan cara pembelajaran seperti teori (kuliah), amali/bengkel/makmal, tutorial, assignment secara individu dan grouping, final project pada setiap sem dan final year project bagi memenuhi syarat penganugerahan diploma. cara dan bahan pembelajaran sebegini memudahkan pelajar memahami sesuatu subjek.

4. some of diploma mewajibkan student menghadiri LATIHAN INDUSTRI yang biasanya disebut praktikal/praktikum sebagai langkah persediaan sebelum menempuhi alam kerjaya sebenar. Ini salah satu kelebihan bagi sesiapa yang mengambil diploma sebagai pathway masa depan dan kerjaya.

5. ada few program diploma yang mempunyai semester khas/semester pendek. bagi yang ada sem khas/pendek ini usually student boleh habiskan study lebih cepat daripada student yang tiada sem khas/pendek. sem khas biasanya tidak lebih daripada 8 minggu termasuk minggu examination dan tiada study week. belajar dalam sem khas/pendek ni memang rushing tapi kalau kita fokus and tau target kita time final so there will no any problem. inshaAllah.

6. menyentuh mengenai yuran pengajian, semuanya bergantung kepada IPTA/S and also porgram diploma apa yang korang dapat or pilih. seperti yang orang tau, UITM ialah IPTA yang paling murah yuran pengajian compared to others. tapi tak bermakna IPTA lain macam UIA, UKM, UTM tu mahal atau tak mampu nak tanggung. tapi bila compared dengan IPTS, of course lah IPTS lagi mahal berkali-kali ganda except IPTS yang ada link dengan kerajaan negeri/agensi-agensi seperti MARA ataupun TNB. contoh-contoh IPTS yang ada link dengan kerajaan negeri/agensi MARA ialah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) and lain-lain lagi.

7. student diploma hampir kesemuanya akan dapat menginap di asrama/kolej kediaman universiti bila diorang masuk mendaftar. tempoh menginap yang diberikan pula ialah selama 2 semester (tahun pertama pengajian) tetapi boleh memohon jika ingin terus menginap di asrama/kolej kediaman dan pelajar perlu berurusan dengan pihak pentadbiran asrama/memohon secara online.

8. bagi bantuan pinjaman pendidikan/biasiswa untuk sepanjang pengajian diploma, pelajar boleh memohon PTPTN, Yayasan-yayasan Negeri, agensi perbankan dan biasiswa JPA (untuk bahagian pinjaman pendidikan akan di update dalam entry akan datang, so stay tuned!).

9. bagi yang nak tahu benefit ambil diploma ini antaranya ialah:
- tempoh pengajian yang lebih panjang tidak terlalu rushing untuk catch up and boleh maintain pointer every sem untuk capai PNGK yang excellent.

- ada kemudahan pelbagai macam asrama, pengangkutan universiti (bas), wifi, klinik dalam universiti, cawangan bank dan ATM, pejabat pos mini serta kiosk-kiosk yang menjual makanan/minuman ringan.

- yang ni antara benefit paling penting, if student yang ambil diploma boleh singkatkan tempoh pengajian masa further degree dengan adanya kaedah perpindahan/pengecualian kredit (credit transfer). contohnya macam ambil diploma IT dan furthur degree dalam IT juga, so daripada tempoh degree 3.5 atau 4 tahun boleh disingkatkan kepada 3 atau 2.5 tahun je sebab adanya perpindahan/pengecualian kredit (credit transfer). yang pasal transfer credit ni pun saya akan cerita dalam satu entry khas akan datang.

ASASI/MATRIKULASI

1. asasi dan matrikulasi (short form: matrik) adalah dua perkara yang 80% sama. ok, kenapa saya kata sama? sebab matrik and asasi ini hanya mengambil masa yang terlalu singkat untuk habis pengajian: setahun hingga dua tahun dan sering kali dipanggil fast-track studies oleh some of student.

2. for matrik, disebut sebagai kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan PST atau PDT. PST stands for Program Satu Tahun dan PDT ialah Program Dua Tahun. matrik pun ada aliran juga macam aliran sains, teknikal, perakaunan dan lain-lain lagi. biasanya matrik akan menawarkan PST bagi pelajar yang berjaya mendapat tempat tetapi ada juga student yang rasa tak mampu catch up setahun, dia prefer/memohon untuk PDT. tapi ada juga few matrik yang memang offer PDT terus untuk studentnya.

3. untuk asasi pulak, diletakkan dibawah pentadbiran dan pengurusan pusat akademik IPTA yang menawarkan program asasi tersebut seperti UIA, USIM, UUM, UM (contoh IPTA yang menawarkan asasi, boleh google lagi IPTA apa yang tawarkan asasi). asasi juga disebut sebagai foundation dan turut ada dalam beberapa IPTS seperti UNISEL, UNIKL dan yang berkenaan. asasi pun tiada beza dengan matrik sebab ada menawarkan program pengajian beraliran sains (fizikal/hayat) law, management, TESL, engineering and so on. asasi pun ada yang setahun pengajian dan ada yang dua tahun pengajian. duration pengajian tu bergantung kepada jurusan and IPT apa yang korang pilih masa isi UPU atau masa mohon through online dalam mana-mana website IPTS.

4. bagi yuran pengajian matrik ini memang tersangat murah, masa pendaftaran hanya bayar below RM500 if i'm not mistaken and pelajarnya dapat elaun sara hidup setiap semester (around rm1200+). tapi kena ingat, memang chosen student sahaja yang berjaya dapat tempat dalam matrik, bukan calang-calang orang tau. tapi sometimes ada jugak student tak boleh go on dengan matrik sampai pointer dia terlalu rendah akhirnya dibuang matrik dan ada yang mengulang semula dengan ambil diploma. but if korang jenis yang pendirian tetap, fokus untuk achieve goal korang so inshaAllah tak ada masalah mudah-mudahan.

5. kos/yuran pengajian asasi pun taklah terlalu mahal tapi boleh dikatakan lebih rendah sikit berbanding program diploma sebab asasi tak ambil masa pengajian yang lama, tapi kos pengajian yang murah ini mostly hanya di IPTA. IPTS kena keluar kos/belanja lebih sikit lebih kurang macam kos pengajian diploma di IPTA. tapi tak kisah korang pilih asasi IPTA ke IPTS, yang penting korang kena janji dalam diri sendiri kena score sehabis baik masa asasi biar dapat tempat/diserapkan terus dalam degree. macam saya cakap di bahagian matrik, only chosen student je yang boleh dapat offer asasi, especially asasi IPTA.

6. oh ya! bagi asasi IPTA boleh dapat bantuan pendidikan special untuk program asasi. normally masa korang dapat tawaran tu, akan ada link yang bertulis maklumat lanjut tentang bantuan pendidikan asasi.

so buat masa ni, ini je lah penjelasan panjang lebar saya tentang pilihan-pilihan laluan pendidikan selepas SPM. kalau ada yang nak bertanya, share apa-apa or tak faham boleh komen kat bawah entry ni :)

jumpa lagi di next entry dengan cerita/panduan lain pulak pasal IPT and yang berkaitan. so assalamualaikum, bye!