Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ni saya tulis khusus buat adik-adik atau kawan-kawan kita yang bergelar lepasan SPM/setaraf atau STPM/setaraf yang bercita-cita untuk membuat permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam dan IPTA melalui permohonan UPUOnline sesi 2018/2019. Berikut merupakan maklumat-maklumat penting yang perlu diberi perhatian kerana tahun ini, UPU membuat sedikit pembaharuan dalam sesi pengambilan kali ini.
1. TARIKH-TARIKH PENTING UPUONLINE 2018
5 Februari 2018 : Permohonan UPUOnline & Jualan nombor unik ID BSN DIBUKA.
9 April 2018 : Jualan nombor unik ID BSN DITUTUP.
10 April 2018 : Permohonan UPUOnline DITUTUP.
(A) Lepasan SPM/Setaraf
23 ~ 29 April 2018 : Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/Setaraf ke UA/Politeknik Premier.
23 April ~ 6 Mei 2018 : Proses Temuduga Dijalankan bagi Lepasan SPM/Setaraf.
21 ~ 27 Mei 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/Setaraf ke UA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional & METrO, Kolej Komuniti & ILKA.
21 ~ 27 Mei 2018 : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.
28 ~ 3 Jun 2018 : Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
11 ~ 17 Jun 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM/Setaraf.
(B) Lepasan STPM/Setaraf
8 Mac 2018 : Pilihan Program Pengajian UPUOnline calon STPM/Matrikulasi/Asasi & STAM DIBUKA.
13 April 2018 : Tarikh Akhir Muatnaik Dokumen Berkenaan yang Telah Disahkan (Format PDF) Dalam Sistem UPUOnline (bagi lepasan Diploma / Setaraf sahaja).
7 ~ 13 Mei 2018 : Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) & Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf.
14 ~ 20 Mei 2018 : Ujian MEdSI Dijalankan.
14 Mei ~ 25 Jun 2018 : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf Dijalankan (tertakluk kepada UA).
28 Mei ~ 1 Julai 2018 : Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf.
1 ~ 30 Jun 2018 : Temuduga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf Dijalankan (tertakluk kepada UA).
28 Jun 2018 : Sistem UPUOnline Fasa 2 (bagi Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi UA sahaja) DIBUKA.
2 Julai 2018 : Sistem UPUOnline Fasa 2 (bagi Lepasan Matrikulasi KPM /Asasi UA sahaja) DITUTUP.
30 Julai ~ 5 Ogos 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf.
30 Julai ~ 5 Ogos 2018 : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf.
6 ~ 12 Ogos 2018 : Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf.
20 ~ 26 Ogos 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf.
10 ~ 16 Sep 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf.
*akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa
2. LAMAN WEB & PORTAL PERMOHONAN UPUONLINE 2018
a) Laman web rasmi: Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) [Klik Sini]
b) Portal permohonan online: UPUOnline - Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar [Klik Sini]
c) e-Panduan UA & Politeknik Premier: :: Sistem e-MAS (Electronic Management of Admission System) :: [Klik Sini]
d) e-Panduan Politeknik Konvensional & ILKA: e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA [Klik Sini]
3. KATEGORI PERMOHONAN UPUONLINE 2018
a) Lepasan SPM/setaraf:
- Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja (tahun 2017)
- Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa (tahun 2016 dan 2015)
b) Lepasan STPM/setaraf:
i) STPM (Kategori A, S): Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja (tahun 2017):
- Kategori A: Aliran Sastera
- Kategori S: Aliran Sains
ii) Matrikulasi/Asasi (Kategori N, P, U, L, K, J): Pelajar Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:
- Kategori N: Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P: Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U: Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L: Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K: Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J: Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
iii) STAM (Kategori T)
- Kategori T: Pelajar lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja (tahun 2017 dan 2016)
iv) Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F, G)
a) Kategori E - Kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/Diploma Vokasional Malaysia (DVM)/Lain-lain Diploma setaraf:
(E1) - DKM/DLKM
(E2) - DVM
(E3) - Diploma LL
b) Kategori F - Kelayakan setaraf seperti:
(F1) - A-Level
(F2) - International Baccalaureate (IB)
(F3) - Sekolah Sukan
(F4) - STPM (bukan tahun semasa)
(F5) - Matrikulasi KPM/Asasi UA (bukan tahun semasa)
(F6) - STAM (bukan tahun semasa)
(F7) - AUSMAT/SAM/CPU
(F8) - Asasi/Foundation IPTS
c) Kategori G - Kelayakan Diploma UA/Politeknik:
(G1) - Diploma UA
(G2) - Diploma Politeknik
4. HARGA NOMBOR UNIK ID UPUONLINE 2018
Harga bagi pembelian nombor unik ID UPUOnline 2018 ialah RM15.64 termasuk kos GST. Boleh dibeli melalui cawangan bank BSN atau secara perbankan internet.
5. JUMLAH PEMILIHAN PROGRAM PENGAJIAN MELALUI UPUONLINE 2018
a) Lepasan SPM/setaraf:
- 8 pilihan program pengajian untuk program dari Universiti Awam & Politeknik Premier
* Pemohon WAJIB mengisi 5 pilihan program pertama yang berbeza
* Untuk program BERTEMUDUGA (#), WAJIB diletakkan pada Pilihan 1 - 4
- 5 pilihan program pengajian untuk program dari Politeknik Konvensional & ILKA
* Untuk program BERTEMUDUGA (#), WAJIB diletakkan pada Pilihan 1 - 2
b) Lepasan STPM/setaraf:
i) Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi & STAM:
- 12 pilihan program pengajian
* Pemohon WAJIB mengisi 5 pilihan program pertama yang berbeza
* Untuk program BERTEMUDUGA (#):
~ HANYA BOLEH diletakkan pada Pilihan 1 - 4
~ Bagi program pengajian PENDIDIKAN (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) diletakkan pada Pilihan 1 - 2 sahaja
ii) Lepasan Diploma/setaraf:
- 12 pilihan program pengajian
* Pemohon WAJIB mengisi 5 pilihan program pertama yang berbeza
* Untuk program BERTEMUDUGA (#):
~ HANYA BOLEH diletakkan pada Pilihan 1 - 4
~ Bagi program pengajian PENDIDIKAN (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) diletakkan pada Pilihan 1 - 2 sahaja
6. PEMPROSESAN & PEMILIHAN UPUONLINE 2018
A) LEPASAN SPM/SETARAF
i) Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemuduga akan diproses dan dihantar ke Universiti Awam (UA) dan Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) untuk UA/JPP memilih pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA/JPP.
ii) Surat panggilan temuduga akan dikeluarkan oleh UA/JPP melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.mohe.gov.my.
iii) Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi:
a) Kemasukan ke UA/Politeknik Premier - 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
b) Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA - 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosio-Ekonomi (SES).
iv) Penentuan aliran:
a) Aliran Sains - Pemohon yang mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:-
i. Matematik
ii. Matematik Tambahan
iii. Fizik
iv. Kimia
v. Biologi atau mata pelajaran berikut:-
Pengajian Kejuruteraan Awam/Elektrik & Elektronik/Mekanikal/Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Ekonomi Rumah Tangga/Sains Pertanian/Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Prinsip Perakaunan/Perdagangan/Ekonomi Asas/Pengetahuan Sains Sukan/Pengurusan Makanan
b) Aliran Sastera - Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik
dimasukkan ke Aliran Sastera.
v) Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA/Politeknik Premier;
f) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
g) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
vi) Markah kokurikulum:
a) Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
b) Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
c) Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.
vii) Proses pemilihan jaya:
a) Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.
b) Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua UA.
B) LEPASAN STPM & STAM
i) Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemuduga akan diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA.
ii) Surat panggilan temuduga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.mohe.gov.my.
iii) Panggilan temuduga/Ujian MEdSI adalah berdasarkan keputusan peperiksaan STPM/STAM.
iv) Penentuan aliran:
a) Aliran Sains -Pemohon yang mengambil mana – mana dua (2) subjek berikut:-
~Matematik M/Matematik T/Fizik/Kimia/Biologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)/Sains Sukan
b) Aliran Sastera - Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik
dimasukkan ke Aliran Sastera.
v) Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
vi) Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
vii) Markah kokurikulum:
a) Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
b) Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
viii) Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP):-
a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI
b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.
ix) Proses pemilihan jaya:
a) Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.
b) Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua UA.
C) LEPASAN MATRIKULASI KPM, ASASI SAINS UM & ASASI UiTM
i) Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemuduga akan diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA.
ii) Surat panggilan temuduga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.mohe.gov.my.
iii) Panggilan temuduga/Ujian MEdSI adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 bagi pemohon Matrikulasi/Asasi.
iv) Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
v) Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
vi) Markah kokurikulum:
a) Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
b) Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
c) Markah kokurikulum 10% bagi pelajar Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi akan diselaraskan oleh institusi masing-masing iaitu Bahagian Matrikulasi KPM, Pusat Asasi UiTM dan PASUM.
vii) Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP):-
a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI
b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.
viii) Proses pemilihan jaya:
a) Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.
b) Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua UA.
C) LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
i) Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemuduga akan diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA.
ii) Surat panggilan temuduga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.mohe.gov.my.
iii) Panggilan temuduga/Ujian MEdSI adalah berdasarkan keputusan penuh keseluruhan/PNGK Diploma/Setaraf.
iv) Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
v) Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
vi) Markah kokurikulum:
a) Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
b) Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
c) Markah kokurikulum 10% bagi pelajar Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi akan diselaraskan oleh institusi masing-masing iaitu Bahagian Matrikulasi, KPM, Pusat Asasi UiTM dan PASUM.
d) Bagi lepasan Diploma/Setaraf: markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.
- Sukan
- Uniform
- Persatuan/Kelab
- PLKN
vii) Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP):-
a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI
b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.
viii) Proses pemilihan jaya:
a) Pemilihan dilaksanakan sepenuhnya oleh UA dan penyelarasan adalah berdasarkan keutamaan pilihan.
b) Pengambilan adalah ‘over & above’ bilangan tempat yang disediakan tidak termasuk dalam Lepasan STPM/Matrikulasi.
c) Bagi Diploma ‘feeder’ dan lulusan lain yang terus ke tahun dua dan seterusnya diuruskan oleh UA sendiri.
d) Hanya calon yang tamat pengajian dan dianugerahkan diploma oleh Senat UA atau Lulus Penuh yang dikeluarkan oleh Politeknik Malaysia sahaja boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke UA secaradalam talian (online) melalui BPKP JPT.
7. HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE 2018 & SURAT TAWARAN
i) BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke UA.
ii) Hebahan status keputusan permohonan akan diumumkan melalui saluran hebahan seperti berikut:
a) Internet:
b) SMS: 15888 (IOD)
c) HOTLINE UPU: 03-8870 8200
ii) Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO & ILKA mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA dan JPP masing-masing.
iii) Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO & ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. Surat tawaran hanya akan dikeluarkan selepas pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO & ILKA tersebut.
iv) Pemohon hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12). Sekiranya calon gagal ditawarkan, calon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dengan memilih program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja.
v) Tawaran adalah muktamad.
8. RAYUAN UPUONLINE 2018
LEPASAN SPM/SETARAF:
a) Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/Politeknik Premier serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan.
b) Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, & ILKA diumumkan.
c) Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA (2) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.
d) Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA.
e) Permohonan rayuan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA boleh dibuat terus kepada agensi/institusi berkenaan.
LEPASAN STPM, STAM & MATRIKULASI KPM/ASASI UA:
a) Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan.
b) Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan.
c) Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.
d) Penawaran calon rayuan dibahagikan kepada DUA (2) fasa iaitu:
i. Sebelum pendaftaran pelajar baharu
ii. Selepas pendaftaran pelajar baharu
e) Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah program pengajian yang ada kekosongan sahaja dan melepasi syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan.
f) Keputusan rayuan 1 akan diumumkan sebelum pendaftaran pelajar baharu dan calon yang masih gagal akan dipertimbangkan kemasukan untuk rayuan 2, bergantung bilangan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu.
f) Objektif penawaran calon rayuan sebanyak 2 fasa adalah untuk:
i. Memastikan calon ditawarkan dengan program pengajian yang dipilih dan diminati sahaja. Tiada istilah pertimbangan setara/lelong
ii. Calon mendapat keputusan rayuan fasa 1 dengan lebih cepat dan mendaftar bersama-sama dengan calon ambilan pertama.
g) Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.
LEPASAN DIPLOMA/SETARAF:
a) Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan.
b) Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan.
c) Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.
d) Penawaran calon rayuan dibahagikan kepada DUA (2) fasa iaitu:
i. Sebelum pendaftaran pelajar baharu
ii. Selepas pendaftaran pelajar baharu
e) Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah program pengajian yang ada kekosongan sahaja.
f) Keputusan rayuan 1 akan diumumkan sebelum pendaftaran pelajar baharu dan calon yang masih gagal akan dipertimbangkan kemasukan untuk rayuan 2, bergantung bilangan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu.
f) Objektif penawaran calon rayuan sebanyak 2 fasa adalah untuk:
i. Memastikan calon ditawarkan dengan program pengajian yang dipilih dan diminati sahaja. Tiada istilah pertimbangan setara/lelong
ii. Calon mendapat keputusan rayuan fasa 1 dengan lebih cepat dan mendaftar bersama-sama dengan calon ambilan pertama.
g) Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.
9. PEMBAHARUAN PERMOHONAN UPUONLINE 2018
~ Pembaharuan bagi permohonan UPUOnline lepasan SPM/setaraf:
a. Penawaran program pengajian Asasi baharu oleh STEM UMT (Universiti Malaysia Terengganu) yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja.
b. Pemohon WAJIB mengisi LIMA (5) pilihan program pengajian yang berbeza bagi permohonan ke UA/Politeknik Premier.
c. Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline yang mengandungi maklumat berikut:
a) Tarikh dan Masa Hantar Permohonan;
b) Tarikh dan Masa Kemas kini Permohonan; dan
c) Pilihan Program.
d. Tambahan saluran hebahan status keputusan permohonan secara atas talian (online) melalui pautan https://jpt.umt.edu.my
e. Permohonan rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA boleh dibuat terus kepada agensi/institusi berkenaan.
~ Pembaharuan bagi permohonan UPUOnline lepasan STPM & STAM:
a. Permohonan program pengajian UM dan USM perlu dilakukan melalui UPUOnline.
b. Terdapat 12 pilihan program pengajian. Pemohon WAJIB memilih LIMA (5) pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2 sahaja.
c. Pemohon hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 8 Mac 2018 iaitu selepas keputusan STPM 2017 diumumkan. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang
melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
d. Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mana – mana DUA (2) subjek berikut di peringkat STPM:-
- Matematik M/Matematik T/Fizik/Kimia/Biologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)/Sains Sukan.
e. Tambahan saluran hebahan status keputusan permohonan secara atas talian (online) melalui pautan https://jpt.umt.edu.my
f. Pemohon hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12). Sekiranya calon gagal ditawarkan, calon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dengan memilih program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja.
g. Permohonan rayuan hanya dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan.
h. Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah program pengajian yang ada kekosongan sahaja dan melepasi syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan.
~ Pembaharuan bagi permohonan UPUOnline lepasan Matrikulasi KPM/Asasi UA:
a. Permohonan program pengajian UM dan USM perlu dilakukan melalui UPUOnline.
b. Terdapat 12 pilihan program pengajian. Pemohon WAJIB memilih LIMA (5) pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2 sahaja.
c. Pemohon hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 8 Mac 2018 iaitu selepas keputusan STPM 2017 diumumkan. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang
melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
d. Permohonan FASA 1 - Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 .
e. Permohonan FASA 2 - Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan.
f. Tambahan saluran hebahan status keputusan permohonan secara atas talian (online) melalui pautan https://jpt.umt.edu.my
g. Pemohon hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12). Sekiranya calon gagal ditawarkan, calon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dengan memilih program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja.
h. Permohonan rayuan hanya dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan.
i. Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah program pengajian yang ada kekosongan sahaja dan melepasi syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan.
~ Pembaharuan bagi permohonan UPUOnline lepasan Diploma/Setaraf:
a. Permohonan program pengajian UM dan USM perlu dilakukan melalui UPUOnline.
b. Hanya calon yang tamat pengajian sehingga Ogos sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan pelajar. Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas Jun hingga Ogos 2018 boleh mengemaskini tarikh tamat pengajian dan memuatnaik dokumen terkini semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan.
c. Permohonan kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan Diploma/Setaraf Sesi Akademik 2018/2019 dibuka untuk kategori berikut:-
a) Kategori E - Kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/Diploma Vokasional Malaysia (DVM)/Lain-lain Diploma setaraf:
(E1) - DKM/DLKM
(E2) - DVM
(E3) - Diploma LL
b) Kategori F - Kelayakan setaraf seperti:
(F1) - A-Level
(F2) - International Baccalaureate (IB)
(F3) - Sekolah Sukan
(F4) - STPM (bukan tahun semasa)
(F5) - Matrikulasi KPM/Asasi UA (bukan tahun semasa)
(F6) - STAM (bukan tahun semasa)
(F7) - AUSMAT/SAM/CPU
(F8) - Asasi/Foundation IPTS
c) Kategori G - Kelayakan Diploma UA/Politeknik:
(G1) - Diploma UA
(G2) - Diploma Politeknik
d. Terdapat 12 pilihan program pengajian. Pemohon WAJIB memilih LIMA (5) pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2 sahaja.
e. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang dibuka oleh UA mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh UA.
f. Pemohon Lepasan Diploma/Setaraf wajib memuatnaik dokumen dalam format PDF setelah mengemukakan permohonan/pengemaskinian maklumat. Dokumen perlu dimuatnaik dalam UPUOnline sebelum atau pada 13 April 2018. Kegagalan pemohon memuatnaikkan dokumen
yang diperlukan boleh menyebabkan pemohon tidak dapat dipertimbangkan kemasukan ke UA. Antara dokumen yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:-
- Sijil SPM/Setaraf
- Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
-Transkrip penuh akademik
- Diploma/Sijil (Jika Ada);
- Surat Pengesahan Tamat Pengajian;
- Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)
- Surat Akreditasi MQA (http://www2.mqa.gov.my/mqr/ [Klik Sini])
- MUET/IELTS/TOEFL
g. Tambahan saluran hebahan status keputusan permohonan secara atas talian (online) melalui pautan https://jpt.umt.edu.my
h. Pemohon hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12). Sekiranya calon gagal ditawarkan, calon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dengan memilih program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja.
i. Permohonan rayuan hanya dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan.