Assalamualaikum & selamat petang para pembaca semua.
Admin blog pada malam ini ingin berkongsi info dan maklumat kepada lepasan SPM tahun semasa dan bukan tahun semasa yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang sains kesihatan iaitu:
DIPLOMA KEJURURAWATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Iklan permohonan adalah seperti dibawah:
Diploma Kejururawatan
Tempoh pengajian bagi kesemua program yang ditawarkan adalah 6 SEMESTER (3 TAHUN) meliputi pendidikan akademik dan latihan klinikal.
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
~ Syarat am
a) Lulus SPM/Setaraf
b) Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia / Bahasa Malaysia Kertas Julai
c) Lulus Sejarah
~ Syarat khas
a) Lulus SPM dengan LIMA (5) kepujian / gred C:
* Mendapat kepujian / gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Mathematics
* Mendapat kepujian / gred C dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut: Science / Biology / Chemistry dan LULUS mata pelajaran Biology / Physics dan LULUS mata pelajaran Biology
* Mendapat kepujian / gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran yang lain
b) LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris
DAN
c) Cemerlang dalam penilaian temuduga
3. TATACARA PERMOHONAN
a) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui:
- Laman web rasmi Seksyen Pengambilan Pelajar USM: Seksyen Pengambilan Pelajar, BPA USM [Klik Sini]
- Portal permohonan online: Pohon@USM: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar [Klik Sini]
b) Pemohon hendaklah membeli NO PIN USM - JURURAWAT (RM60.00) di Bank Simpanan Nasional (BSN) SEBELUM mengemukakan permohonan.
c) Memuatnaik dokumen akademik dan dokumen lain yang berkaitan semasa membuat permohonan.
4. TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN
a) Permohonan DIBUKA: 5 FEBRUARI 2018
b) Permohonan DITUTUP: 9 APRIL 2018
c) Semakan PANGGILAN TEMUDUGA: 7 MEI 2018, 12 TENGAH HARI
d) Hebahan KEPUTUSAN permohonan: JUN 2018
NOTA: HANYA calon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan DIPANGGIL untuk menghadiri sesi TEMUDUGA
5. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
- Portal semakan keputusan: Akan dikemaskini
6. KADAR YURAN
a) Yuran pengajian: RM465.00 (berulang pada setiap semester)
b) Yuran pendaftaran: RM610.00 (sekali sahaja dibayar dalam tempoh 3 tahun)
c) Yuran penginapan: RM650.00 (per semester)
7. MAKLUMAT TAMBAHAN
Program Diploma Kejururawatan Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Program ini berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program yang ditawarkan dibawah Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Kelantan ini terbuka kepada calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.