Kita berjumpa lagi hehehe. Untuk entry kali ni saya nak bercerita, berkongsi pengalaman serta persiapan saya sebelum menghadiri temuduga / ujian khas / ujian MEdSI yang dijalankan oleh IPTA.
Bagi adik-adik yang dah mula memohon diploma / asasi bagi ambilan UiTM sesi akademik 2 (intake Nov) kat sini saya nak bagi korang semua tips and panduan lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang ada memohon program / course yang mempunyai TEMUDUGA / UJIAN KHAS. Tapi saya bagi tips keseluruhan je lah termasuk Ujian MEdSI even ujian ni dah lepas dah pun hahahahahaha. Takpe kita proceed je, mana tau boleh jadi panduan batch akan datang!
Jadi saya mulakan dengan:
1) TEMUDUGA
Temuduga ni ada dua jenis:
a) Temuduga yang perlu berdepan / berjumpa dengan panel dan penemuduga.
b) Temuduga yang hanya memerlukan calon merakam video (dipanggil sebagai video resume)
Bagi yang temuduga berjumpa dengan panel:
Firstly, sebaik saja korang tau korang dipanggil temuduga, korang kena tengok course apa yang bakal di temuduga, Contohnya macam Diploma Komunikasi & Media, korang kena tau fakta-fakta dan maklumat penting mengenai course / program diploma tu. Prepare nota-nota dan baca sebanyak mana info yang korang boleh dapat. Saya pun galakkan korang research / survey blog-blog batch dan senior sebelum ni yang pernah hadir temuduga beberapa course / program diploma yang berkaitan.
Pengalaman saya menghadiri temuduga untuk course / program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak UM bulan Mei yang lepas. Saya perlu menghadirkan diri ke Hotel Crystal Crown JB. Temuduga tu bermula pukul 8.30 pagi. Saya ditemuduga oleh 2 orang panel lelaki daripada Fakulti Pendidikan. Pada mulanya saya preparekan diri dengan pelbagai maklumat, info and fakta mengenai course / program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan maksud Open Market sebab course / program ijazah ni open market. Saya pun print slip panggilan temuduga, sediakan dokumen dan sijil-sijil akademik yang diperlukan untuk diberikan kepada penemuduga bagi tujuan semakan.
Tapi bila dah masuk bilik temuduga tu, dia banyak tanya soalan di luar bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak hahahahaha! mungkin sebab saya ni lepasan Diploma Teknologi Maklumat, jadi panel-panel tu macam pelik lah sebab saya tukar aliran / arah kepada pendidikan and kanak-kanak. Panel suruh saya terangkan apa yang saya belajar sepanjang diploma terutamanya dalam bidang IT, kaitkan dengan bidang pendidikan and saya pun sharekan pengalaman saya sepanjang praktikal sebelum ni. Sangat banyak soalan yang ditanyakan luar dari bidang pendidikan especially early childhood education. Hehehehehe but so far, saya dapat jawab dengan baik Alhamdulillah. Harapnya nanti result intake degree September ni baik-baik saja lah hendaknya Aamiin! :)
Untuk jenis temuduga secara video ni pun saya dah melalui pengalamannya sebab saya ada mohon course / program Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial (Komunikasi Media) UKM. Dalam video resume tu saya dikehendaki untuk explain mengenai diri sendiri (introduction), kenapa memilih program komunikasi media dan yang terakhir meminta saya memilih sama ada berminat dalam bidang kewartawanan / penyiaran dan nyatakan sebabnya. Rakaman video saya tu selama 3 minit sebab dalam surat penggilan temuduga pun dah nyatakan pihak UKM nak video tu sampai 3 minit je kemudian saya upload kat YouTube. Dah settle upload, saya settingkan video tu kepada "unlisted" so bila orang awam search nama saya / video resume komunikasi media UKM takkan tersenarai dalam list hehehehe kira macam private jugak but still pihak UKM boleh tengok, saya hantar link YouTube terus ke email Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan :D
Yang jenis ni mostly lebih kepada course / program Ijazah Sarjanamuda especially UKM. Kalau korang kena buat video resume ni senang sikit sebab dalam surat penggilan temuduga tu pihak universiti akan bagitau point-point penting yang korang perlu explain dalam tempoh rakaman video tu. And korang pun jangan risau mostly rakaman tu pihak universiti akan minta kurang daripada 5 minit.
2) UJIAN KHAS / UJIBAKAT
Ujian khas ni pula mostly lebih kepada course / program seperti Senibina, Seni Halus & Seni Reka, Teknologi Kreatif, Sains Sukan, Sukan Rekreasi, Sains Kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani (program ijazah). Berdasarkan apa yang saya tau, ujian khas tu BERGANTUNG kepada jenis course / program tersebut, contohnya:
Sains Sukan / Sains Kejurulatihan : uijan khas berbentuk ujian kecergasan dan kesukanan (berkemungkinan ada temuduga juga). Ujian ni untuk menguji and nak tau tahap kecergasan fizikal calon. Kalau result ujian kecergasan (fitness test) melepasi tahap minimum yang dikehendaki oleh fakulti so inshaAllah calon boleh ditawarkan course dalam bidang sukan dan kejurulatihan.
Link: Tips temuduga Sains Sukan
Senibina / Seni Lukis & Seni Reka : ujian khasnya berbentuk ujian lukisan (dan berkemungkinan akan ada temuduga). Korang digalakkan prepare dari segi teori and praktikal. Dari segi teori, saya galakkan korang survey and baca pengalaman student batch sebelum ni kat blog-blog diorang. While dari segi praktikal tu means korang kena tau asas-asas melukis sebab memang akan ujian melukis dan lagi bagus bawa kerja-kerja kursus Seni Visual korang masa tingkatan 4 dan 5 supaya boleh jadi bahan semakan / rujukan pihak universiti (bagi yang dapat temuduga Senibina / Architecture, digalakkan bawa kerja-kerja Lukisan Kejuruteraan).
Link: Tips temuduga Senibina / Pengalaman temuduga Seni Lukis & Seni Reka
Teknologi Kreatif : ujian khas dipanggil ujibakat (dan berkemungkinan akan ada temuduga). Yang ni pun saya tak dapat nak bagi point banyak tapi saya galakkan korang buat research batch / senior sebelum ni dengan baca blog-blog diorang yang pernah jalani ujibakat Diploma Teknologi Kreatif. Apa pun saya galakkan korang prepare dari segi teori dan praktikal jugak sebab bila sebut ujibakat means pihak universiti nak tau apa bakat korang yang berkait dengan bidang yang dipohon. Contoh: Diploma Teknologi Kreatif (Teater) so pihak universiti nak tau bakat lakonan / nyanyian untuk persembahan teater.
Link: Pengalaman temuduga Teknologi Kreatif
3) UJIAN MEdSI
Ujian MEdSI ni adalah singkatan kepada Malaysian Education Selection Inventory. Alhamdulillah saya pun ada pengalaman ambil ujian ni. Ujian ni tertumpu kepada lepasan STPM / setaraf yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Ujian ni mengkehendaki calon menjawab soalan secara online yang dikendalikan oleh beberapa universiti seperti UTHM, UPSI, UUM, UTM dan lain-lain lagi. Ujian ni bersifat objektif dan mempunyai 4 bahagian: PERSONALITI, MINAT KERJAYA, NILAI INTEGRITI dan KECERDASAN EMOSI yang kesemua dijumlahkan mempunyai 300 soalan serta perlu dijawab dalam masa 1 jam. Soalan-soalan ini ditentukan dengan jawapan sama ada:
- Ya
- Tidak
ATAU
- Suka
- Tidak Suka
ATAU
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Pengalaman saya amek ujian MEdSI ni, saya amek kat UTHM Batu Pahat, Johor sebab saya pilih zon selatan untuk tempat temuduga / ujian. Saya amek MEdSI ni untuk course / program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas UKM. Masa saya amek MEdSI ni saya bawa kad pengenalan, alat-alat tulis and pakai baju kurung sebab dah dinyatakan arahan macam tu dalam slip kehadiran temuduga. Ujian MEdSI ni dia nak tentukan sama ada diri kita, minat kita, personaliti kita tu menjurus ke arah bidang perguruan / pendidikan ke tak. Kalau jawapan kita tu menepati skema yang ditetapkan dan melepasi tahap minimum ujian, barulah kita layak dipanggil temuduga (temuduga berhadapan dengan panel penemuduga). Malangnya saya tak melepasi tahap minimum ujian, so saya tak dipanggil lah ke peringkat kedua iaitu temuduga. Hurmmm.............. takpelah, maybe rezeki saya di bidang lain ke kan? Siapa tahu kan? :)
So daripada entry ni, boleh lah di-summarykan antara kelengkapan dan persiapan asas penting yang perlu dilakukan ialah:
a. Bawa kad pengenalan
b. Bawa slip panggilan / kemasukan temuduga yang dah print
c. Bawa dokumen, sijil-sijil akademik / slip keputusan peperiksaan, dan sijil kokurikulum
d. Bawa alat-alat tulis mencukupi (if temuduga korang ada kaitan dengan ujian bertulis / ujian melukis)
e. Bawa hasil kerja-kerja kursus Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan (untuk temuduga diploma Seni Lukis & Seni Reka / Senibina Landskap / Rekabentuk Dalaman)
f. Pakaian: haa bab pakaian ni sangat-sangat dititik beratkan ye! sila baca nota dibawah.
- SANGAT-SANGAT digalakkan untuk memakai baju berwarna lembut / pastel contohnya: purple lavender, baby pink, kuning air, baby blue, mint green, cream / peach. Warna-warna macam ni menunjukkan warna yang tenang and membuatkan mata penemuduga tu nyaman, sejuk memandang. Warna lembut / pastel jugak menunjukkan seperti warna formal lelagi bila kita dalam sesi temuduga yang memang dikira seperti acara formal sebab berkemungkinan kita akan ditemuduga oleh Prof Madya / Dr kan? so warna pakaian amat memainkan peranan.
- Second, fesyen / gaya baju yang SANGAT-SANGAT dituntut ialah baju kurung / baju kebaya labuh dan seluar slack dan kemeja lengan panjang berserta tie (for student lelaki). Baju macam ni je yang sesuai untuk pergi temuduga sebab takkan korang nak pakai seluar jeans dengan t-shirt takde kolar kan? nampak tak manis gitu hehehe. Besides, bagi student perempuan, korang tak perlu solek tebal-tebal and pakai shawl yang lilit gaya hana tajima selebet tu. Lagi nice pakai tudung bawal je, pin bawah dagu bawak ke kanan kiri bahu, simple and nampak ayu. Penemuduga pun senang hati nak tengok muka korang masa temuduga sebab tak serabai dengan kain shawl huhuhu~
- Kasut pulak saya SUGGEST SANGAT korang pakai jenis bertutup keseluruhan dan tak nampak jari-jari kaki, lagi bagus pakai sarung kaki so nampaklah kemas and bersih je dipandang kan?
Jadi ni saja yang saya boleh sharekan about tips, panduan and pengalaman saya sebelum dan semasa ditemuduga tempoh hari. Sorry kalau ada yang kurang / salah silap ke apa dalam entry ni hehehe maybe ada entry blog yang lebih baik sharekan info pasal tips and panduan temuduga. Apa-apa pun, kalau korang nak tanya ke, boleh drop komen kat bawah ni k?