01 July 2015

Permohonan Diploma Kemahiran Ambilan Sesi Januari 2016

Assalamualaikum and holla to all my readers!

Seperti yang saya rancangkan, hari ni 1 Julai saya nak berkongsi sedikit info mengenai program diploma kemahiran. 

Apa itu diploma kemahiran? Diploma kemahiran merupakan program diploma yang memberikan latihan berkonsep latihan bersepadu iaitu kemahiran (teori dan amali), keusahawanan, ketatanegaraan dan kepimpinan, keagamaan dan moral, khidmat masyarakat dan sukan rekreasi. Malah tempoh pengajian diploma kemahiran juga hampir menyamai tempoh pengajian pelajar diploma di universiti-universiti awam mahupun swasta.

Lepasan diploma kemahiran juga diiktiraf dan boleh diambil bekerja oleh mana-mana sektor awam atau swasta. Diploma kemahiran juga banyak ditawarkan untuk lepasan SPM oleh beberapa institut kemahiran tinggi awam seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran Belia Negara/Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN/IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Jadi kepada lepasan SPM yang tidak mempunyai peluang menyambung diploma di mana-mana universiti awam tempatan, korang masih ada peluang untuk memohon diploma kemahiran memandangkan pengambilannya adalah 2 kali bagi setiap tahun iaitu Januari dan Julai.

Untuk entry kali ni saya nak bagi info-info penting kepada lepasan SPM yang berminat dengan bidang kemahiran dan nak cuba apply diploma kemahiran kemasukan Januari nanti. Saya mulakan dengan:

1. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

a) Maklumat pengambilan:


b) Syarat kelayakan diploma:


c) Bantuan kewangan dan pendidikan:


d) Tarikh sistem permohonan online dibuka dan hebahan keputusan:

Tarikh sistem permohonan dibuka untuk ambilan Januari 2016
Tarikh hebahan keputusan ambilan Januari 2016
 e) Program diploma KKTM yang ditawarkan:




TERKINI 1: Pautan (link) untuk Permohonan Kemasukan KKTM Sesi Januari 2016

Berdasarkan pengumuman di laman web pengambilan KKTM, tarikh terbaru permohonan secara online dibuka adalah pada 24 OGOS 2015. Disini saya letakkan link sistem permohonan online untuk kemasukan KKTM ambilan Januari 2016:


TERKINI 2: Permohonan kemasukan ke KKTM ambilan sesi Januari 2016


Link-link berkaitan yang boleh di lihat untuk info lanjut:-

1. Syarat kemasukan/kelayakan program KKTM - http://apponline.mara.gov.my/upimonline/syarat_kemasukan/IKM_KKTM.pdf

TERKINI 3: Semakan keputusan permohonan ke KKTM/IKM ambilan Januari 2016

Keputusan permohonan ke KKTM/IKM telah dibuka dan pemohon boleh menyemak keputusan di http://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/






2. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN/IKTBN)

 a) Syarat umum kemasukan:


b) Maklumat mengenai permohonan:

Screenshot daripada iklan PDF ambilan Januari 2015 yang lepas
Tarikh jangkaan sistem permohonan online dibuka ialah pada bulan September 2015 sehingga Oktober 2015. Permohonan boleh dibuat melalui link dibawah:



c) Kemudahan yang disediakan:
- Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
- Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
- Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.


d) Program diploma IKBN / diploma kemahiran (DKM) yang ditawarkan:





TERKINI 1: Iklan permohonan program diploma kemahiran IKBN


Maklumat penting:-

a) Tarikh permohonan dibuka: 29 September 2015
b) Tarikh permohonan ditutup: 4 November 2015

TERKINI 2: Semakan keputusan permohonan ke IKBN ambilan Januari 2016

Tarikh semakan keputusan adalah pada 18 NOVEMBER 2015 seperti yang dinyatakan dalam gambar dibawah. Pautan semakan ialah http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/semak3.php






3. Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) - ADTEC, JMTI dan ILP

a) Senarai institut dibawah ILJTM:

- ADTEC : Pusat Latihan Teknologi Tinggi
- JMTI : Institut Teknikal Jepun-Malaysia
- ILP : Institut Latihan Perindustrian

b) Pengenalan mengenai ILJTM:


b) Sesi pengambilan pelajar:


c) Kemudahan yang disediakan:


d) Bayaran yuran dan pinjaman pendidikan:


e) Tarikh permohonan dan pautan (link) permohonan online:

Permohonan dibuka mulai 7 September 2015 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Oktober 2015 & 16 Oktober 2015 (bagi Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang di ADTEC Shah Alam). Permohonan secara online adalah PERCUMA di link:



f) Senarai program diploma ILJTM yang ditawarkan serta syarat kelayakan kemasukan:

- Institut Latihan Perindustrian (ILP)

i. Syarat am kemasukan:

a) Warganegara Malaysia;
b) Boleh membaca, menulis dan mengira
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

ii. Nama program diploma dan syarat khas kemasukan:




- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

i. Syarat am kemasukan:

a) Warganegara Malaysia;
b) Boleh membaca, menulis dan mengira
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

ii. Nama program diploma dan syarat khas kemasukan:







- Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

i. Syarat am kemasukan:

a) Warganegara Malaysia;
b) Boleh membaca, menulis dan mengira
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

ii. Nama program diploma dan syarat khas kemasukan:


TERKINI 1: Permohonan kemasukan ILJTM (ADTEC, ILP & JMTI) ambilan sesi Januari 2016

Klik link ini: http://www.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/ untuk info lanjut.


TERKINI 2: Semakan keputusan permohonan kemasukan ILJTM (ADTEC, ILP & JMTI) sesi Januari 2016

Untuk membuat semakan, sila klik link ini: http://www.jtm.gov.my/semakjaya/tawaran12016.php





NOTA: Entry ni akan di-update dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh bookmark post ni.