Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Universiti Malaya melalui Fakulti Perubatan telah membuka satu peluang laluan bagi calon yang berkelayakan dan berminat untuk ke program Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) bagi sesi September 2018.
Justeru, Universiti Malaya telah menetapkan keperluan untuk lulus Ujian BioMedical Admissions Test, (BMAT UMalaya) sebagai salah satu syarat kemasukan ke program Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), Sesi Pengambilan 2018/2019 (September 2018).
Calon warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti berikut adalah dipelawa untuk memohon bagi menduduki Ujian BMAT (UMalaya):
(1) Telah mempunyai keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam mata pelajaran berikut:
• Biology
• Chemistry
• Physics
• Mathematics/Additional Mathematics
• Bahasa Inggeris
DAN
(2) Telah menduduki STPM pada tahun 2017; ATAU
(3) Sedang mengikuti semester terakhir pengajian program Matrikulasi KPM / Asasi / PASUM / A Level / International Baccalaureate (IB) Diploma
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan secara atas talian (online) di BioMedical Admission Test UM [Klik Sini] yang akan dibuka mulai 4 Disember 2017, pukul 12.00 tengah hari sehingga 16 Januari 2018, pukul 12.00 tengah hari.
YURAN PERMOHONAN
Kadar bayaran bagi menduduki ujian berkenaan adalah RM200.00. Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah berikut semasa mengemukakan permohonan secara atas talian (online):
• Kad Kredit
• Perbankan Atas Talian (Online Banking)
MAKLUMAT AM
1) Tarikh Ujian BMAT (UMalaya) : 10 Februari 2018 (Sabtu)
2) Tarikh temuduga (bagi calon yang berjaya sahaja) : Akhir Mei 2018
3) Hebahan dan surat tawaran : Ogos 2018
4) Pendaftaran kemasukan : September 2018
5) Lokasi ujian : Melalui portal Fakulti Perubatan UM [Klik Sini] atau BioMedical Admission Test UM [Klik Sini]
6) Hanya calon yang memperolehi keputusan yang baik dalam ujian BMAT (UMalaya) serta memenuhi syarat am dan syarat khas kemasukan ke pogram MBBS seperti yang dinyatakan di dalam laman web rasmi Universiti Malaya sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga ke program berkenaan.
7) Permohonan daripada pelajar berdaftar Universiti Awam dan pelajar Asasi Feeder (Asasi PINTAR UKM, Asasi UIAM, Tamhidi USIM, Asasi UMS, Asasi UNIMAS, Asasi Pertanian UPM, Asasi UPNM, Asasi UNISZA, dan Asasi Pengurusan UUM) TIDAK akan dipertimbangkan.
8) Untuk keterangan lanjut:-
• Layari Fakulti Perubatan UM [Klik Sini]; ATAU
• Telefon : 03-7967 5739/4941/6694/7584/6686; ATAU
• Emel kepada bmat@um.edu.my
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.