Assalamualaikum and hello readers!
Kita jumpa lagi on this entry. Ok, entry kali ni saya lebih tumpukan kepada satu tajuk: ‘Apa yang adik-adik lepasan SPM tahu pasal bidang pengajian di IPTA dan nama-nama diploma yang ditawarkan di bawah bidang tersebut.’ Saya nak bercakap pasal benda ni sebab saya tau masih ada or even ramai lepasan SPM yang masih keliru dan bingung tentang perkara yang saya nyatakan tadi.
Jadi kat entry ni saya akan terangkan jenis-jenis bidang berserta program diploma yang berkaitan. Saya akan sertakan beberapa gambar yang bakal memudahkan korang semua memahami apa sebenarnya pathway korang selepas SPM. Alright? Good! Hehehe.
Berikut merupakan perkara-perkara yang penting dan perlu diambil tahu ialah:
1. Bidang pengajian di IPTA dan program diploma yang berkaitan mengikut bidang:
a. SAINS TULEN (contoh: Diploma Sains, Diploma Teknologi Makanan, Diploma Mikrobiologi)
b. SAINS GUNAAN (contoh: Diploma Sains Gunaan, Diploma Teknologi Tekstil)
c. SAINS KESIHATAN/BERSEKUTU (contoh: Diploma Kejururawatan, Diploma Fisioterapi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan)
d. FARMASI (contoh: Diploma Farmasi)
e. PERGIGIAN
f. KEJURUTERAAN (contoh: Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Elektrik)
g. TEKNOLOGI (contoh: Diploma Teknologi Pembuatan, Diploma Rekabentuk Perindustrian)
h. SENI BINA (contoh: Diploma Seni Bina Landskap, Diploma Bangunan, Diploma Ukur Bahan)
i. UNDANG-UNDANG (contoh: Diploma Undang-Undang)
j. PERAKAUNAN/PERNIAGAAN/EKONOMI (contoh: Diploma Keusahawanan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Analisis Pelaburan)
k. PENGURUSAN (contoh: Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
l. PENDIDIKAN (contoh: Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma TESL)
m. BAHASA (contoh: Diploma Bahasa Inggeris)
n. KOMPUTER/ICT (contoh: Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Multimedia, Diploma Sains Komputer)
o. PENGAJIAN ISLAM (contoh: Diploma Pengajian Islam (Usuluddin), Diploma Pengajian Islam (Dakwah), Diploma Pengajian Islam (Pentadbiran Islam))
p. SASTERA
2. Tentukan jenis aliran korang semasa SPM: cara nak tentukan boleh dengan pelbagai cara seperti:
a. Lihat pada senarai subjek yang diambil semasa SPM – SAINS (ada subjek seperti Physics, Chemistry, Biology) manakala SASTERA (ada subjek seperti Geografi, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Tasawwur Islam, ICT, Pend. Seni Visual & lain-lain lagi)
b. Cara kedua dengan menyemak senarai program diploma bersesuaian di iMASCU (link: http://upu.semaksyarat.info/index.html) atau Selangkah ke UiTM (link: http://www.selangkah.uitm.edu.my/). Daripada semakan sistem ni lah korang akan automatik boleh nampak apa aliran SPM korang dulu seperti gambar contoh dibawah:
Boleh nampak kat situ dia nyatakan kita kategori/aliran apa. |
3. Lakukan semakan program diploma yang bersesuaian berdasarkan result SPM yang telah diperoleh. Boleh dilakukan di dua link berbeza iaitu:
a. iMASCU (semakan melalui website UPU) - http://upu.semaksyarat.info/index.html
b. Selangkah ke UiTM (semakan melalui portal UITM) – http://www.selangkah.uitm.edu.my/
4. Besides, korang pun kena buat beberapa langkah penting sebelum, semasa dan selepas permohonan program di UPU. Anataranya:
a. Mula awal: pastikan korang dapat maklumat awal program-program yang bersesuaian dengan result SPM korang daripada sumber yang boleh dipercayai
b. Kenalpasti tarikh penting: korang kena kenalpasti tarikh-tarikh penting yang tepat dan yang telah ditetapkan seperti tarikh permohonan UPU dibuka dan ditutup, tarikh hebahan keputusan UPU dan tarikh semakan surat tawaran daripada website IPTA berkaitan
c. Semak syarat kemasukan: korang kena tahu yang pengambilan program UPU ni betul-betul mengikut syarat am dan syarat khas kemasukan ke program, jadi pastikan result korang menepati syarat-syarat ditetapkan
d. Isi borang secara online: korang hendaklah melengkapkan semua permohonan UPU secara online daripada bahagian MAKLUMAT PERIBADI, PILIHAN PROGRAM sehingga ke PENGESAHAN dan pastikan menekan butang SAH & HANTAR untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku seperti borang tidak dihantar kepada sistem
e. Lawati laman Facebook UPU-BPKP: sentiasa up-to-date tentang iklan, kenyataan atau poster hebahan mengenai tarikh-tarikh penting UPU ataupun if korang taktau pasal program/cara mengisi borang UPU online/ada yang tak pasti boleh terus Tanya pada admin FB UPU
So ni antara langkah-langkah and perkara-perkara penting yang perlu diambil especially lepasan SPM sama ada yang dapat first intake UPU or rayuan UPU. Tapi saya ada nak bagi tips sikit bagi korang yang nak mohon rayuan UPU (even permohonan dah lepas tapi still nak cakap untuk panduan batch akan datang hehe). Tipsnya ialah:
Bila korang tau yang korang tak dapat tempat di IPTA untuk first intake, PASTIKAN korang apply rayuan tu dengan memilih course/program diploma yang
setara syarat khas kemasukannya dengan result SPM korang ataupun jauh lebih rendah syarat khas programnya if dibandingkan dengan result SPM korang. Sebagai contoh: (saya buat semakan ni guna Selangkah ke UiTM)
1. Aliran Sains
Diploma yang setara syarat khas dengan result SPM diatas: DIPLOMA MIKROBIOLOGI
Diploma yang jauh lebih rendah syarat khas dibandingkan dengan result SPM diatas: DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT
2. Aliran Sastera
Diploma yang setara syarat khas dengan result SPM diatas: DIPLOMA PERAKAUNAN
Diploma yang jauh lebih rendah syarat khas dibandingkan dengan result SPM diatas: DIPLOMA PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
Korang mesti ada yang tertanya macam mana saya boleh tau diploma yang setara dengan diploma yang jauh lebih rendah syarat kemasukannya based on result SPM kan? Haa yang tu, korang boleh check di sini - :: Sistem e-MAS ::