05 January 2016

Permohonan UPUOnline | Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG | Permohonan Ijazah Pertama Universiti Malaya (UM) | Permohonan Diploma Kejururawatan & Ijazah Pertama Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam blog ni di tahun baru 2016. Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016, semoga lebih banyak kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan diperoleh pada tahun ini. InshaAllah.

Baiklah, entry kali ni saya tulis khusus buat adik-adik atau kawan-kawan kita yang sudahpun bergelar lepasan SPM atau STPM/setaraf yang bercita-cita untuk membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke universiti awam dan IPTA. Info terbaru mengatakan bahawa mulai Mac 2016, IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) tidak lagi merujuk kepada universiti. Universiti dipanggil UA (Universiti Awam) dan IPTA merujuk kepada Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam/Kolej Komuniti.

Apa pun perubahan tahun ini, harapnya entry ni dapat membantu adik-adik dan kawan-kawan untuk membuat permohonan kelak. Jadi, kita mulakan dengan cara untuk memohon:

1. Cara untuk memohon ke UA & IPTA.

Sebelum memohon, adik-adik dan kawan-kawan perlulah membeli nombor Unik ID (yang selalu disebut sebagai nombor pin UPU) di kaunter BSN atau sesiapa yang mempunyai akaun BSN, boleh beli melalui mesin ATM. Tarikh beli nombor Unik ID UPU bermula 18 Januari 2016 - 4 April 2016, sehingga 11:45 malam.

Ada 2 kategori utama bagi pembelian nombor Unik ID ini iaitu:

Kategori A: bagi lepasan SPM/setaraf, lepasan sijil SKM, sijil Politeknik, sijil ILKA dan sijil Kolej Komuniti.

Harga bagi nombor Unik ID ialah RM15.64

Kategori B: bagi lepasan STPM/setaraf, lepasan Matrikulasi, lepasan Asasi/PASUM, lepasan Diploma IPTA dan IPTS, lepasan Diploma Politeknik dan lepasan STAM.

Harga bagi nombor Unik ID ialah RM15.64

Selesai membeli nombor Unik ID BSN, barulah adik-adik dan kawan-kawan membuat permohonan secara online di portal http://upu.mohe.gov.my/web/ (Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU))

Selepas klik portal permohonan, bolehlah adik-adik atau kawan-kawan mula mendaftar dengan klik Daftar Kali Pertama. Selesai mendaftar, boleh mula log masuk dengan mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan, Jenis Lepasan dan Jenis Kemasukan, kemudian klik butang "Log Masuk" untuk akses borang permohonan.

2. Tempoh permohonan online melalui portal UPU.


Tarikh permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016, jam 12 tengahari dan permohonan ditutup pada 5 April 2016, jam 4 petang.

3. Syarat kelayakan kemasukan ke UA.

a) Program Sijil, Diploma dan Asasi untuk lepasan SPM/setaraf.

1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) KEPUJIAN termasuk BAHASA MELAYU dan LULUS SEJARAH.
3. Syarat bagi program pengajian untuk BUMIPUTERA dan BUKAN BUMIPUTERA:

- SEMUA program di UiTM, program ASASI di UIAM, program ASASI SAINS dan ASASI ALAM BINA di UM, program ASASI di UNIMAS, program ASASI di UMS adalah terbuka untuk BUMIPUTERA sahaja.

- SEMUA program ASASI di UPM, UKM, UUMUPNM, ASASI PENGAJIAN ISLAM di UM, program TAMHIDI di USIM dan SEMUA program DIPLOMA di UPM, UPSI, UTHM, UMT, UMP, UTeM, UniMAP dan UniSZA adalah terbuka untuk BUMIPUTERA dan BUKAN BUMIPUTERA.

b) Program Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM/setaraf.

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/MyKad dan layak untuk yang bukan warganegara Malaysia (bukan warganegara hendaklah memohon terus di IPTA berkenaan).
2. LULUS SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran BAHASA MELAYU/BAHASA MALAYSIA. KEPUJIAN BAHASA MELAYU/BAHASA MALAYSIA kertas JULAI diambil kira.
3. LULUS STPM tahun 2015 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran PENGAJIAN AM, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain, atau

4. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2015; atau
5. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat STAM tahun 2015 atau 2014; atau
6. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
7. LULUS STPM tahun 2014 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam TIGA (3) mata pelajaran termasuk PENGAJIAN AM atau Matrikulasi/Asasi tahun 2013 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
8. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Senarai UA dan peringkat pengajian (bagi lepasan SPM/setaraf) yang ditawarkan:

UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) : Diploma 
UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) : Program Persediaan Diploma *permohonan secara berasingan melalui laman web UTHM menggunakan keputusan percubaan SPM* & Diploma
UTeM (Universiti Teknikal Melaka Malaysia) : Diploma
UMT (Universiti Malaysia Terengganu) : Diploma
UMP (Universiti Malaysia Pahang) : Diploma
UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) : Diploma
UPM (Universiti Putra Malaysia) : Asasi & Diploma (Kampus Bintulu, Sarawak)
UiTM (Universiti Teknologi MARA) : Pra-Diploma *permohonan secara manual bukan melalui UPU*, Asasi & Diploma
UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) : Asasi & Diploma
UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) : Asasi & Diploma
UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) : Asasi (program Permata PINTAR)
UUM (Universiti Utara Malaysia) : Asasi
UM (Universiti Malaya) : Asasi
UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) : Asasi
UMS (Universiti Malaysia Sabah) : Asasi
UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) : Asasi
USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) : Tamhidi (seperti asasi)
POLITEKNIK : Pra-Diploma & Diploma

Info mengenai kategori permohonan kemasukan ke UA & IPTA (Politeknik Premier) bagi lepasan SPM/setaraf:

Permohonan UA & IPTA (Politeknik Premier) tahun ini HANYA dibuka kepada Kategori A & Kategori B

Permohonan Politeknik Konvensional/ILKA/TEVT tahun ini HANYA dibuka kepada Kategori A, Kategori B, Kategori C & Kategori D

Info mengenai kategori permohonan kemasukan ke UA & IPTA (Politeknik Premier) bagi lepasan STPM/setaraf:



Semakan syarat khas program boleh dibuat di laman web:

Laman utama semakan syarat khas program @ dipanggil sbg e-Panduan UPU


Semakan kelayakan program mengikut keputusan peperiksaan (SPM & STPM):

Laman utama semakan kelayakan program mengikut keputusan @ dipanggil sbg iMASCU

Iklan / hebahan mengenai maklumat permohonan UPU secara online bagi sesi 2016/2017:


Tarikh-tarikh penting permohonan UPU tahun 2016:


Tarikh penting hebahan bagi lepasan STPM/setaraf

Tarikh penting hebahan permohonan UA & IPTA (Politeknik Premier) bagi lepasan SPM/setaraf

Tarikh penting hebahan permohonan Politeknik Konvensional, Kolej Komuniti & ILKA bagi lepasan SPM/setaraf



UPDATE: 19 Januari 2016.

PERMOHONAN PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) IPG LEPASAN SPM


Kepada lepasan SPM 2015 yang berkelayakan dan berminat untuk memohon ke bidang perguruan, berita baik untuk mereka kerana permohonan ke program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dibuka mulai 10 MAC 2016 (12.00 TENGAHARI) sehingga 27 MAC 2016 (11.59 MALAM).

Berikut merupakan keterangan program PISMP:

- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat dan kelayakan asas permohonan:

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
3. Sihat tubuh badan.
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Makluman: Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+) dalam mana-mana LIMA (5) mata pelajaran.
6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; DAN
ii. Sejarah.
7. Lulus Bahasa Inggeris.
8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ingin dimohon (Klik link untuk semakan https://pismp.moe.gov.my/khusus_bidang.cfm)
9. Calon yang memohon bidang Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.

Cara memohon:

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my/index.cfm mulai 17 Februari 2016.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN USM LEPASAN SPM


Program Diploma Kejururawatan USM merupakan program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih Jururawat Profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

1. SYARAT AM
a) Lulus SPM/Setaraf dengan baik.
b) Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM/Setaraf atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus mata pelajaran Sejarah.

2. SYARAT KHAS PROGRAM
a) Lulus peringkat SPM/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C6/6C/C dalam lima (5) mata pelajaran berikut:

- Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Rampaian Sains/Biologi
- Satu (1) mata pelajaran lain; DAN

b) Lulus temu duga.

3. CARA MEMOHON
1. Permohonan akan dibuka mulai 25 FEBRUARI 2016 (KHAMIS), jam 12 tengah hari.
2. Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM.
3. Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian Nombor Pin USM - JURURAWAT dengan harga RM60.06 di mana-mana cawangan BSN, mesin ATM (Pemegang akaun GIRO), atau melalui Internet Banking (myBSN).
4. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut:
a. No. Kad Pengenalan / MyKad
b. No. Pin USM - JURURAWAT
c. Kata Laluan (Ciptaan Sendiri 5-15 aksara)
d. Nama Ibu
e. Alamat emel yang aktif dan betul
5. Nombor Rujukan akan dipapar dan juga di emel setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.
*Perubahan cara memohon akan dikemaskini

4. TARIKH PENTING PERMOHONAN DIPLOMA KEJURURAWATAN USM
25 Februari 2016:    Permohonan dibuka
04 April 2016: Permohonan dan pembelian Nombor Pin USM-JURURAWAT ditutup
April 2016 - Hebahan Panggilan Temuduga Secara Online
Mei 2016 - Temuduga
September 2016 - Pendaftaran
*Tarikh jangkaan




PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI MALAYA (UM) LEPASAN STPM/SETARAF SECARA AUTONOMI



Kepada lepasan STPM/setaraf yang berminat untuk menyambung pengajian ke program Ijazah Pertama di Universiti Malaya (UM), permohonan kemasukan telah pun dibuka mulai 18 JANUARI 2016 - 5 APRIL 2016 dan boleh memohon secara online di https://myum-id.um.edu.my/


Permohon perlu mendaftar akaun sebelum membuat permohonan dan permohonan TIDAK PERLU menggunakan nombor unik atau nombor pin. PERINGATAN PENTING! Permohonan daripada pelajar AKTIF di IPTA tidak akan dipertimbangkan. Berikut merupakan maklumat penting mengenai permohonan:




Klik link untuk mengetahui:

a) Syarat Kemasukan Program: http://www.um.edu.my/academics/bachelor
b) Manual Pengguna Sistem Permohonan Online UM: https://myum-id.um.edu.my/user_manual.pdf



PERMOHONAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2016/2017 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 


Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2016/2017. Permohonan dibuka mulai 18 JANUARI 2016 - 4 APRIL 2016 dan boleh dikemukakan di https://pohon.usm.my/default.asp?s=1


Permohonan terbuka kepada: 
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
2. Lepasan STPM 2015.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain.

USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya SATU [1] program pengajian dan maksima LAPAN [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala EMPAT [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Klik link dibawah untuk mendapatkan info lanjut. 

a) Senarai Program Pengajian bagi Sidang Akademik 2016/2017 
b) Syarat Kelayakan Program bagi Sidang Akademik 2016/2017
c) Maklumat Am Permohonan
d) Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan
e) Manual Pengguna
f) Panduan Permohonan

Cara permohonan:
1. Calon dikehendaki membeli nombor PIN USM - PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan dikenakan bayaran sebanyak RM40
2. Calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan Nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak Nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.
3. Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *5 - 15 Mei 2016. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2016.
*Tarikh jangkaan

Maklumat tambahan permohonan bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi dan Diploma/Setaraf: