Pada entri kali ini, admin akan berkongsi satu lagi info penting buat lepasan SPM dan setaraf yang masih belum mendapat tawaran di mana-mana institusi pengajian iaitu:
PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK SESI DISEMBER 2016
Iklan mengenai permohonan adalah seperti dibawah:
Pemohon yang berminat untuk memohon boleh membeli Nombor Unik ID Kategori A (Lepasan SPM/Setaraf) berharga RM 15.64 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara. Nota: Nombor Unik ID Sesi JUN 2016 masih SAH digunapakai untuk permohonan Politeknik kemasukan sesi Disember 2016.
Permohonan Politeknik kemasukan sesi Disember ini menawarkan program diploma dalam bidang:
1. Kejuruteraan Awam
2. Kejuruteraan Mekanikal
3. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
4. Kejuruteraan Petrokimia
5. Kejuruteraan Perkapalan
6. Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
7. Teknologi Maklumat & Komunikasi
8. Agroteknologi & Bio-Industri
9. Perdagangan
10. Rekabentuk & Komunikasi Visual
11. Pelancongan & Hospitaliti
Maklumat mengenai syarat kemasukan boleh dilakukan melalui pautan-pautan dibawah:
1) Syarat kemasukan Politeknik Premier [Klik sini]
2) Syarat kemasukan Politeknik Konvensional/METRO [Klik sini]
Semakan kelayakan program mengikut keputusan SPM boleh dilakukan di: e-Semak Syarat Kemasukan ke Politeknik Premier & Konvensional/METRO [Klik sini]
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting mengenai permohonan Politeknik kemasukan sesi Disember 2016:
Tempoh permohonan online: 8 Ogos 2016, jam 12.00 tengahari - 3 Oktober 2016, jam 12.00 tengahari
Semakan panggilan temuduga: 5 Oktober 2016 (untuk program Diploma Penyenggaraan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja)
Sesi temuduga: 10 - 11 Oktober 2016
Tarikh hebahan keputusan: 21 Oktober 2016
Tarikh pendaftaran pelajar baru: 20 / 21 November 2016
Permohonan hendaklah dilakukan di portal kemasukan pelajar Politeknik: e-Borang Permohonan Diploma Politeknik Lepasan SPM/Setaraf [Klik sini]
Segala hebahan maklumat dan perubahan tarikh akan diumumkan dalam portal kemasukan Politeknik: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.