Assalamualaikum & selamat malam.
Pada kali ini, admin ingin berkongsi maklumat permohonan Institut Pendidikan MARA yang mana sebuah lagi institut yang ditanggung atau dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) iaitu:
1) KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
2) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
3) MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)
PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN SESI JANUARI 2018
Iklan mengenai permohonan adalah seperti dibawah:
1. LAMAN WEB & PORTAL PERMOHONAN
Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara online melalui:
a) Portal permohonan: SPUPIM 2018 [Klik sini]
b) Laman web rasmi KKTM, IKM & MJII: e-Kemahiran - Portal Rasmi KKTM, IKM & MJII [Klik sini]
2. KATEGORI PERMOHONAN & PERINGKAT PENGAJIAN
Terbuka untuk semua lepasan:
a) SPM tahun semasa dan bukan tahun semasa.
b) SKM / Sijil Suruhanjaya Tenaga dan yang setaraf dengannya.
c) STPM / Asasi / Matrikulasi / STAM & yang setaraf dengannya.
d) DKM (Diploma Kemahiran Malaysia)
3. SENARAI PROGRAM DIPLOMA & SIJIL KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN
Pemohon boleh menyemak senarai program yang ditawarkan di: e-Kemahiran : Program Sepenuh Masa [Klik sini]
Kluster-kluster yang ditawarkan di KKTM, IKM & MJII ialah:
a) Kluster Bioperubatan
b) Kluster Alam Bina
c) Kluster Awam
d) Kluster Elektrik
e) Kluster Elektronik
f) Kluster Mekanikal Pembuatan
g) Kluster Automotif
h) Kluster Minyak & Gas
i) Kluster Pemprosesan Bahan
j) Kluster Herba
k) Kluster Seni & Rekabentuk
4. TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN
a) Permohonan DIBUKA : 11 SEPTEMBER 2017
b) Permohonan DITUTUP : 15 DISEMBER 2017
c) Semakan keputusan permohonan : 24 NOVEMBER - 8 DISEMBER 2017 (Akan sentiasa dikemaskini)
d) Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2018 : BULAN JANUARI 2018
4. HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan secara online sama ada melalui portal rasmi e-Kemahiran (http://ekemahiran.edu.my/ [Klik Sini]) atau di http://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/ [Klik Sini]
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.