12 September 2017

Permohonan Kemasukan ke Pra Diploma/Diploma Politeknik sesi Disember 2017 (Lepasan SPM/setaraf)

Assalamualaikum & selamat malam.

Pada entri kali ini, admin akan berkongsi satu lagi info penting buat lepasan SPM dan setaraf yang masih belum mendapat tawaran di mana-mana institusi pengajian iaitu:

PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK SESI DISEMBER 2017

Iklan mengenai permohonan adalah seperti dibawah:


Pemohon yang berminat untuk memohon boleh membeli Nombor Unik ID / Pin UPU Kategori A (Lepasan SPM/Setaraf) berharga RM 15.64 bermula 11 OGOS 2017 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

Permohonan Politeknik kemasukan sesi Disember ini menawarkan program diploma dalam bidang:
1. Kejuruteraan Awam
2. Kejuruteraan Mekanikal
3. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
4. Kejuruteraan Petrokimia
5. Kejuruteraan Perkapalan
6. Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
7. Teknologi Maklumat & Komunikasi
8. Agroteknologi & Bio-Industri
9. Perdagangan
10. Rekabentuk & Komunikasi Visual
11. Pelancongan & Hospitaliti

Maklumat mengenai syarat kemasukan boleh dilakukan melalui pautan-pautan dibawah:

Semakan kelayakan program mengikut keputusan SPM boleh dilakukan di: e-Semak Syarat Kemasukan ke Politeknik Premier & Konvensional / METRO [ Klik sini ]

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting mengenai permohonan Politeknik kemasukan sesi Disember 2017:

a) Tempoh permohonan online: 11 Ogos 2017, jam 12.30 tengah hari - 11 September 2017, jam 5.00 petang
b) Semakan panggilan temuduga (bagi program Diploma Kejuruteraan Perkapalan & Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat): 15 September 2017, jam 5.00 petang
c) Semakan keputusan permohonan: 10 Oktober 2017
d) Permohonan rayuan: 10 Oktober 2017
e) Semakan keputusan rayuan: 17 Oktober 2017, jam 5.00 petang. Layari Sistem Semakan Tawaran Politeknik Malaysia Sesi Disember 2017 [ Klik sini ] untuk semakan keputusan.
f) Tarikh pendaftaran pelajar baru: 19 / 20 November 2017

Permohonan hendaklah dilakukan di portal kemasukan pelajar Politeknik: e-Borang Permohonan Diploma Politeknik Lepasan SPM/Setaraf [ Klik sini ]

Kepada calon yang TIDAK BERJAYA ditawarkan mana-mana program tetapi MASIH BERMINAT untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar Politeknik, calon diminta dan digalakkan untuk membuat permohonan secara WALK-IN (Datang terus ke Pejabat Akademik & Pengambilan Pelajar) di mana-mana cawangan Politeknik berdekatan dengan rumah/kawasan kediaman calon bermula 23 OKTOBER 2017 ini.

Segala hebahan maklumat dan perubahan tarikh akan diumumkan dalam portal kemasukan Politeknik: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp [ Klik sini ]

NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.