Assalamualaikum & selamat malam.
1) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Admin blog pada hari ini ingin berkongsi info dan maklumat penting untuk adik-adik lepasan SPM mahupun lulusan yang setaraf dengan SPM mengenai;
PERMOHONAN KE UiTM PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI 2 2017/2018
Iklan mengenai permohonan adalah seperti dibawah:
Pemohon yang berminat untuk memohon boleh membeli nombor pin UiTM di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.06 bermula 3 Julai 2017.
Permohonan kemasukan sesi akademik 2 ini menawarkan program Asasi Undang-Undang dan semua Diploma UiTM (kecuali Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL, Diploma Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Fisioterapi, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Pemulihan Cara Kerja & Diploma Farmasi). Pemohon boleh merujuk di Program DIPLOMA & ASASI Ambilan Sesi 2 2016/2017 [ Klik sini ]
Semakan syarat kemasukan/syarat kelayakan mengikut keputusan SPM boleh dilakukan dalam:
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting mengenai permohonan kemasukan sesi akademik 2 2017/2018:
a) Tempoh permohonan online: 3 Julai - 31 Ogos 2017 (telah dilanjutkan)
b) Semakan panggilan temuduga (bagi program diploma yang mempunyai sesi temuduga/bertanda # sahaja): 20 September 2017
c) Tarikh hebahan keputusan: 30 Oktober 2017
d) Pengesahan penerimaan & cetakan surat tawaran: 10 November 2017
e) Tempoh permohonan rayuan online: 10 - 19 November 2017
f) Tarikh hebahan keputusan rayuan: 12 Januari 2018. Layari Keputusan Permohonan Rayuan Program Diploma UiTM Sesi 2/2017
g) Tarikh pendaftaran pelajar baru: Bulan Januari 2018
Permohonan hendaklah dilakukan di portal kemasukan pelajar UiTM: Borang Permohonan Asasi/Diploma Lepasan SPM/Setaraf [ Klik sini ]
Manakala bagi lepasan SPM/setaraf yang ingin membuat permohonan kemasukan ke program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB UiTM) yang menawarkan program Pra Diploma, pemohon hendaklah memuat turun dan mencetak borang permohonan daripada portal yang sama. Permohonan dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan ke mana-mana alamat cawangan UiTM berdekatan.
Borang permohonan program Pra Diploma MDAB UiTM boleh didapati di Borang Permohonan Pra Diploma (MDAB UiTM) [ Klik sini ]
Segala hebahan maklumat dan perubahan tarikh akan disiarkan dalam portal kemasukan pelajar UiTM: http://online.uitm.edu.my/ [ Klik Sini ]
2) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Seterusnya, admin ingin berkongsi mengenai ambilan kedua UPSI juga khusus bagi lepasan SPM/setaraf yang berminat. Iklan adalah seperti berikut:
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA UPSI SESI 2017/2018 (AMBILAN NOVEMBER)
Pemohon yang berminat untuk memohon boleh membeli nombor BITARA ID UPSI di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM26.06 bermula 19 Ogos 2017.
Permohonan kemasukan sesi akademik 2 ini menawarkan 4 program:
1) Diploma Sains
2) Diploma Sains (Matematik)
3) Diploma Teknologi Makmal
4) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Semakan syarat kemasukan/syarat kelayakan dan yuran pengajian adalah seperti yang tertera dalam brosur dibawah:
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting mengenai permohonan kemasukan sesi akademik 2 2017/2018:
a) Tempoh permohonan online: 19 Ogos - 5 Oktober 2017
b) Tempoh penghantaran dokumen sokongan ke UPSI: 19 Ogos - 6 Oktober 2017
c) Tarikh hebahan keputusan: 17 Oktober - 29 Oktober 2017. Layari Semakan Jaya Permohonan Kemasukan Ke UPSI [ Klik sini ] untuk semakan.
d) Tempoh permohonan rayuan online: 17 - 22 Oktober 2017. Layari Permohonan e-Rayuan Kemasukan Program Diploma UPSI 2017/2018 [ Klik sini ]
e) Tarikh hebahan keputusan rayuan: 13 - 17 November 2017
f) Tarikh pendaftaran pelajar baru & minggu orientasi: 29 Oktober - 5 November 2017
g) Tarikh pendaftaran pelajar baru (rayuan): 17 November 2017
Permohonan hendaklah dilakukan di portal kemasukan pelajar UPSI: Borang Permohonan Atas Talian Kemasukan Program Diploma Lepasan SPM Ambilan November Sesi 2017/2018 [ Klik sini ]
Segala hebahan maklumat dan perubahan tarikh akan disiarkan dalam portal kemasukan pelajar UPSI: http://www.upsi.edu.my/online/ [ Klik sini ]
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.