Admin blog pada malam ini ingin berkongsi info dan maklumat kepada lepasan SPM tahun semasa dan bukan tahun semasa yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang sains kesihatan iaitu:
PROGRAM DIPLOMA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) SESI 2017
Iklan permohonan adalah seperti dibawah:
1. PROGRAM DITAWARKAN
a) Diploma Kejururawatan
b) Diploma Radiografi
c) Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Tempoh pengajian bagi kesemua program yang ditawarkan adalah 3 TAHUN.
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a) Umur antara 18 - 22 tahun
b) Waraganegara Malaysia
c) Bujang
d) Mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik dan tidak mempunyai kecederaan / kecacatan / penyakit yang menyukarkan untuk menjalani latihan
3. CARA PERMOHONAN
a) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui
- Laman web rasmi PPUM : http://www.ummc.edu.my/ [Klik Sini]
- Portal permohonan : http://spp.ummc.edu.my/ [Klik Sini]
b) Pemohon hendaklah membeli NO UNIK ID PROGRAM DIPLOMA PPUM (RM10.06 termasuk GST) di Bank Simpanan Nasional SEBELUM mengemukakan permohonan
c) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan betul sebelum dihantar.
4. TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN
a) 16 MAC - 2 APRIL 2017 : Permohonan DIBUKA
b) 2 APRIL 2017 : Permohonan DITUTUP
c) 8 APRIL - 12 APRIL 2017 : Semakan panggilan TEMUDUGA
d) 29 MEI - 4 JUN 2017 : Hebahan keputusan permohonan
e) 9 JULAI 2017 - Tarikh pendaftaran pelajar baharu
NOTA: HANYA calon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga
5. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
- Portal semakan keputusan : http://spp.ummc.edu.my/DaftarSemak.asp [Klik Sini]
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.