Pada kali ini, admin ingin berkongsi maklumat permohonan Institut Pendidikan MARA yang mana sebuah lagi institut yang ditanggung atau dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) iaitu:
1) KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
2) KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
4) MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)
PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN SESI MEI - JULAI 2017
Iklan mengenai permohonan adalah seperti dibawah:
Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara online melalui:
a) Portal permohonan IPMa : http://apponline.mara.gov.my/spupim/
b) Laman web UPIM (IPMa) : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
2. KATEGORI PERMOHONAN & PERINGKAT PENGAJIAN
Terbuka untuk semua lepasan:
a) SPM tahun semasa dan bukan tahun semasa.
b) SKM / Sijil Suruhanjaya Tenaga dan yang setaraf dengannya.
c) STPM / Asasi / Matrikulasi / STAM & yang setaraf dengannya.
d) DKM (Diploma Kemahiran Malaysia)
3. TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN
a) 15 MAC 2017 : Permohonan DIBUKA
b) 16 APRIL 2017 : Permohonan DITUTUP
c) 19 APRIL - 3 MEI 2017 : Semakan keputusan permohonan Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) sesi Julai 2017
d) 25 MEI 2017 : Semakan keputusan permohonan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) & Malaysia-Japan Industrial Institut (MJII)
e) Bulan JULAI 2017 : Pendaftaran pelajar baharu sesi Julai 2017
4. HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan secara online sama ada melalui portal rasmi UPIM (IPMa) (http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ [Klik Sini]) atau di http://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/ [Klik Sini]
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.