06 March 2017

Permohonan UPU - Kemasukan Universiti Awam (UA) & IPTA (Politeknik/ILKA) sesi 2017/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian! Entri kali ni saya tulis khusus buat adik-adik atau kawan-kawan kita yang bergelar lepasan SPM atau STPM/setaraf yang bercita-cita untuk membuat permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam dan IPTA melalui permohonan UPUOnline sesi 2017/2018. Berikut merupakan maklumat-maklumat penting yang perlu diberi perhatian kerana tahun ini, UPU membuat sedikit pembaharuan dalam sesi kali ini.


1. TARIKH-TARIKH PENTING UPUONLINE 2017

6 Februari 2017 :  Permohonan UPUOnline & Jualan nombor unik ID BSN DIBUKA.

4 April 2017 :  Jualan nombor unik ID BSN DITUTUP.

5 April 2017 :  Permohonan UPUOnline DITUTUP.

9 Apr ~ 15 Apr 2017 :  Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/Setaraf ke UA/Politeknik Premier.

21 Mei ~ 27 Mei 2017 :  Hebahan Keputusan Permohonan  Lepasan SPM/Setaraf ke UA/Politeknik Premier.

21 Mei ~ 27 Mei : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/Setaraf ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA.

21 Mei ~ 27 Mei 2017 : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.

28 Mei ~ 31 Mei 2017 :  Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

28 Mei ~ 31 Mei 2017 : Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) & Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf.

11 Jun ~ 17 Jun 2017 : Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf.

18 Jun ~ 24 Jun 2017 : Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.

12 Jun 2017 : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA.

22 Jun 2017 : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP.

6 Ogos ~ 12 Ogos 2017 : Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf.

6 Ogos ~ 12 Ogos 2017 : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf.

13 Ogos ~ 19 Ogos 2017 : Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf.

27 Ogos ~ 31 Ogos 2017 : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf.

17 Sep ~ 23 Sep 2017 : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf.

*akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa 

2. LAMAN WEB & PORTAL PERMOHONAN UPUONLINE 2017

a) Laman web rasmi: http://upu.mohe.gov.my/web/ [Klik Sini]
b) Portal permohonan onlinehttps://online.mohe.gov.my/upu/1718_UPUOnline/ [Klik Sini]
c) Sistem e-MAS (e-Panduan UPUOnline): https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/ [Klik Sini]
d) e-Panduan Politeknik Konvensional & ILKA UPUOnline: https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/ [Klik Sini]
e) Sistem Semakan iMASCU: http://upu.semaksyarat.info/index.html [Klik Sini]

3. KATEGORI PERMOHONAN UPUONLINE 2017

a) Lepasan SPM/setaraf:
- Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja (tahun 2016)
- Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa (tahun 2015 dan 2014)

b) Lepasan STPM/setaraf:
i) STPM (Kategori A, S): Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja (tahun 2016):
- Kategori A: Aliran Sastera
- Kategori S: Aliran Sains

ii) Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J): Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:
- Kategori N: Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P: Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U: Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L: Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K: Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J: Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

iii) STAM (Kategori T)
- Kategori T: Pelajar lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja (tahun 2015 dan 2016)

iv) Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
- Kategori E: Aliran Sastera
- Kategori F: Aliran Sains. Pecahan bagi pelajar lepasan Diploma/setaraf adalah seperti berikut:
* Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
* Lulusan STP/HSC/STPM bukan tahun semasa atau,
* Lulusan STPM Ulangan atau,
* Lulusan Matrikulasi bukan tahun semasa atau,
* Lulusan Asasi bukan tahun semasa atau,
* Lulusan STAM dua (2) tahun sebelum tahun semasa atau,
* Lulusan Pra U Sekolah Sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP) atau,
* Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
* Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA

4. HARGA NOMBOR UNIK ID UPUONLINE 2017

Harga bagi pembelian nombor unik ID UPUOnline 2017 ialah RM15.64 termasuk kos GST. Boleh dibeli melalui kaunter bank BSN.

5. JUMLAH PEMILIHAN PROGRAM PENGAJIAN MELALUI UPUONLINE 2017

a) Lepasan SPM/setaraf:
- 8 pilihan program pengajian untuk program dari Universiti Awam & Politeknik Premier
* Untuk program BERTEMUDUGA (#), WAJIB diletakkan pada Pilihan 1 - Pilihan 4
- 5 pilihan program pengajian untuk program dari Politeknik Konvensional & ILKA
* Untuk program BERTEMUDUGA (#), WAJIB diletakkan pada Pilihan 1 - Pilihan 2

b) Lepasan STPM/setaraf:
i) Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi & STAM:
- 12 pilihan program pengajian. Untuk program BERTEMUDUGA (#), WAJIB diletakkan pada Pilihan 1 - Pilihan 4. Bagi program pengajian bertemuduga (Pendidikan) pada Pilihan 1 - Pilihan 2 sahaja 

ii) Lepasan Diploma/setaraf:
8 pilihan program pengajian. Untuk program BERTEMUDUGA (#)WAJIB diletakkan pada Pilihan 1 - Pilihan 4. Bagi program pengajian bertemuduga (Pendidikan) pada Pilihan 1 - Pilihan 2 sahaja 

6. PEMPROSESAN & PEMILIHAN UPUONLINE 2017

* LEPASAN SPM/SETARAF
i) Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan diproses dan dihantar ke Universiti Awam (UA) dan Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) untuk UA/JPP memilih pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA/JPP.

ii) Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA/JPP melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.mohe.gov.my.

iii) Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

iv) Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA/Politeknik Premier;
f) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
g) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.

* LEPASAN STPM/SETARAF
i) Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA.

ii) Panggilan temu duga/ Ujian MEdSI adalah berdasarkan keputusan peperiksaan STPM/STAM dan keputusan peperiksaan Semester 1 bagi pemohon Matrikulasi/Asasi.

iii) Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.mohe.gov.my.

iv) Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

v) Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.

vi) Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI
b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.

vii) Markah kokurikulum:
a) Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
b) Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
c) Markah kokurikulum 10% bagi pelajar Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi akan diselaraskan oleh institusi masing-masing iaitu Bahagian Matrikulasi, KPM, Pusat Asasi UiTM dan PASUM.
d) Bagi lepasan Diploma/Setaraf: markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.
- Sukan
- Uniform
- Persatuan/Kelab
- PLKN

viii) Proses pemilihan jaya:
- Bagi lepasan STPM/setaraf:
a) Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.
b) Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua UA.

- Bagi lepasan Diploma/Setaraf:
a) Pemilihan dilaksanakan sepenuhnya oleh UA dan penyelarasan adalah berdasarkan keutamaan pilihan.
b) Pengambilan adalah ‘over & above’ bilangan tempat yang disediakan tidak termasuk dalam Lepasan STPM/ Matrikulasi.
c) Bagi Diploma ‘feeder’ dan lulusan lain yang terus ke tahun dua dan seterusnya diuruskan oleh UA sendiri.

7. HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE 2017 & SURAT TAWARAN


i) BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METRO & ILKA.

a) Internet:
- http://upu.mohe.gov.my [Klik Sini]
- https://jpt.utm.my [Klik Sini]
- http://jpt.uum.edu.my [Klik Sini]
- https://jpt.unimas.my [Klik Sini]
- http://jpt.ums.edu.my [Klik Sini]
b) SMS: 15888 (IOD)
c) HOTLINE UPU: 03-8870 8200

ii) Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METRO & ILKA mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA dan JPP masing-masing.

iii) Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METRO & ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. Surat tawaran hanya akan dikeluarkan selepas pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METRO & ILKA tersebut.

iv) Tawaran adalah muktamad.

8. RAYUAN UPUONLINE 2017

* Lepasan SPM/setaraf:
a) Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/Politeknik Premier serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik Konvensional/ METRO, Kolej Komuniti dan ILKA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan.
b) Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METRO, & ILKA diumumkan.
c) Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA (2) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.
d) Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METRO, Kolej Komuniti & ILKA.

Lepasan STPM/setaraf:
a) Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan.
b) Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan.
c) Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.
d) Penawaran calon rayuan dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu:
i. Sebelum pendaftaran pelajar baharu
ii. Selepas pendaftaran pelajar baharu
e) Keputusan rayuan 1 akan diumumkan sebelum pendaftaran pelajar baharu dan calon yang masih gagal akan dipertimbangkan kemasukan untuk rayuan 2, bergantung bilangan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu.
f) Objektif penawaran calon rayuan sebanyak 2 fasa adalah untuk:
i. Memastikan calon ditawarkan dengan program pengajian yang dipilih dan diminati sahaja. Tiada istilah pertimbangan setara/lelong
ii. Calon mendapat keputusan rayuan fasa 1 dengan lebih cepat dan mendaftar bersama-sama dengan calon ambilan pertama.
g) Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.

9. PEMBAHARUAN PERMOHONAN UPUONLINE 2017


Pembaharuan bagi permohonan UPUOnline lepasan SPM/setaraf:
a. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

b. Pemohon perlu memilih 8 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja.

c. Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’. Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Pembaharuan bagi permohonan UPUOnline lepasan STPM/setaraf:
a. Permohonan program pengajian UM dan USM perlu dilakukan melalui UPUOnline.

b. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METRO & ILKA.

c. Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’. Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang telah didaftarkan.

d. Panggilan temuduga/Ujian MEdSI adalah berdasarkan keputusan peperiksaan STPM/STAM dan keputusan peperiksaan Semester 1 bagi pemohon Matrikulasi/Asasi.

e. Pemohon hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12) bagi lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi & STAM dan pemohon hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-8 bagi lepasan Diploma/Setaraf). Sekiranya calon gagal ditawarkan, calon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dengan memilih program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja.

f. Penawaran calon rayuan dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu:-
i. Sebelum pendaftaran pelajar baharu
ii. Selepas pendaftaran pelajar baharu

g. Keputusan rayuan 1 akan diumumkan sebelum pendaftaran pelajar baharu dan calon yang masih gagal akan dipertimbangkan kemasukan untuk rayuan 2, bergantung bilangan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu.

h. Pemohon Lepasan Diploma/Setaraf wajib upload dokumen setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat. Dokumen perlu diupload dalam UPUOnline sebelum atau pada 14 April 2017. Kegagalan pemohon upload dokumen yang diperlukan boleh menyebabkan pemohon tidak dapat dipertimbangkan kemasukan ke UA. Antara dokumen yang perlu diupload adalah seperti berikut:- 
- Sijil SPM/Setaraf
- Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
- Transkrip penuh Akademik
- Diploma/Sijil (Jika Ada);
- Surat Pengesahan Tamat Pengajian;
- Keputusan Bahasa Melayu / Matematik Julai (Jika ada)
- Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www2.mqa.gov.my/mqr/ [Klik Sini])

i. Hanya pemohon yang tamat pengajian sehingga Mac dan Julai sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan pelajar. Prosedur permohonan calon Lepasan Diploma/Setaraf adalah seperti berikut:-
a) Calon yang tamat pengajian sebelum April 2017 akan diproses untuk hebahan pada Ogos 2017.
b) Pemohon yang tamat pengajian selepas April hingga Julai 2017 boleh mengemaskini permohonan semasa rayuan bagi pemprosesan rayuan yang akan dihebahkan pada September 2017.

10. TIPS PERMOHONAN UPUONLINE 2017



NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.