Pada hari ini, admin blog ingin berkongsi satu entri khas buat lepasan STPM dan setaraf yang berminat serta layak untuk membuat permohonan:
PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA UA (DEGREE / BACHELOR) AMBILAN KEDUA/SESI AKADEMIK 2 2016
Pertama sekali, saya akan senaraikan BEBERAPA UA yang membuka serta menawarkan permohonan ijazah sarjana muda ambilan kedua 2016:
2. UPSI - Terbuka untuk SEMUA KATEGORI LEPASAN
3. UIAM - Terbuka untuk SEMUA KATEGORI LEPASAN
4. UTHM - Terbuka HANYA UNTUK LEPASAN DIPLOMA
5. UUM - Terbuka HANYA UNTUK LEPASAN DIPLOMA
6. UM - Terbuka untuk SEMUA KATEGORI LEPASAN
1) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Di bawah ini merupakan iklan permohonan program ijazah sarjana muda UiTM bagi ambilan kedua / sesi akademik 2 2016:
Lepasan STPM dan setaraf yang berminat untuk memohon, boleh membeli Nombor Unik ID / Nombor Pin BSN bermula 3 OKTOBER 2016 dengan harga:
1. RM17 (bagi lepasan STPM, Asasi/Matrikulasi, Diploma IPTA / IPTS, STAM), dan
2. RM10 (Pelajar PENERAPAN DIPLOMA / ASASI UiTM ke program Ijazah Sarjana Muda UiTM)
Tarikh-tarikh penting mengenai permohonan ijazah sarjana muda UiTM ambilan kedua 2016:
a) Permohonan online dibuka: 3 OKTOBER 2016
b) Permohonan online ditutup:
c) Semakan panggilan temuduga: 9 DISEMBER 2016, 3.00 petang
d) Semakan keputusan: 10 FEBRUARI 2017
e) Tarikh pendaftaran pelajar: 26 FEBRUARI 2017
f) Tempoh permohonan rayuan online: 10 FEBRUARI - 17 FEBRUARI 2017 (bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja)
Pemohon boleh melihat senarai program yang ditawarkan di pautan: SENARAI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UiTM 2016 [Klik Sini]
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat-syarat kemasukan di pautan: E-SYARAT PENGAMBILAN UiTM 2016 [Klik Sini] ATAU SEMAKAN SELANGKAH KE UiTM [Klik Sini]
Permohonan hendaklah dilakukan secara ONLINE di pautan: SISTEM PERMOHONAN ONLINE IJAZAH SARJANA MUDA UiTM [Klik Sini]
Kemasukan program ijazah sarjana muda UiTM bagi ambilan kedua 2016 ini ialah pada bulan MAC 2017.
Sebarang perubahan info dan hebahan boleh layari https://online.uitm.edu.my/ [Klik Sini]
2) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Di bawah ini merupakan iklan permohonan program ijazah sarjana muda UPSI bagi ambilan kedua / ambilan sem 2 2016:
Lepasan STPM dan setaraf yang berminat untuk memohon, boleh membeli Nombor Unik ID / Nombor Pin BSN bermula 10 OKTOBER 2016 dengan harga: RM26.06 (bagi SEMUA lepasan STPM, Asasi/Matrikulasi, Diploma IPTA / IPTS, STAM).
Tarikh-tarikh penting mengenai permohonan ijazah sarjana muda UPSI ambilan kedua 2016:
b) Permohonan online ditutup: 31 OKTOBER 2016
c) Tarikh akhir penerimaan dokumen sokongan permohonan: 2 NOVEMBER 2016
d) Semakan panggilan temuduga program BUKAN PENDIDIKAN & Ujian MEDSI: 23 NOVEMBER - 3 DISEMBER 2016
e) Tempoh temuduga program BUKAN PENDIDIKAN & Ujian MEDSI dijalankan: 30 NOVEMBER - 3 DISEMBER 2016
f) Semakan panggilan temuduga program PENDIDIKAN: 21 DISEMBER 2016 - 6 JANUARI 2017
g) Tempoh temuduga program PENDIDIKAN dijalankan: 3 JANUARI - 6 JANUARI 2017
h) Semakan keputusan: 16 JANUARI - 27 JANUARI 2017
i) Tarikh pendaftaran pelajar: 5 FEBRUARI 2017
Pemohon yang berminat untuk memilih program PENDIDIKAN (IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN / ISMP) perlu diingatkan bahawa program PENDIDIKAN adalah berstatus OPEN MARKET yang membawa maksud TIADA JAMINAN LANTIKAN SEBAGAI GURU SELEPAS TAMAT PENGAJIAN.
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat-syarat am dan khas kemasukan di pautan: SYARAT AM KEMASUKAN UPSI 2016 [Klik Sini] DAN SYARAT KHAS KEMASUKAN UPSI [Klik Sini]
Selepas memohon, pemohon perlu menghantar salinan dokumen berikut:
1) Salinan kad pengenalan
2) Salinan sijil SPM
3) Salinan keputusan Matrikulasi/Asasi: atau
4) Salinan keputusan STPM; atau
5) Salinan keputusan STAM; atau
6) Salinan transkrip dan skrol Diploma
7) Salinan keputusan MUET
Sila hantar salinan dokumen yang diimbas (scan) ke alamat e-mel UPSI: rekod.akademik@siswa.upsi.edu.my dan juga mengepos salinan dokumen ke alamat berikut:
Penolong Pendaftar Kanan,
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Bangunan Canselori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak
Tarikh akhir penghantaran adalah sebelum 2 November 2016.
Panduan memuatnaik borang permohonan dan dokumen yang diperlukan boleh di lihat di pautan: PANDUAN MEMUATNAIK BORANG PERMOHONAN UPSI [Klik Sini]
Sebarang aduan dan masalah sistem, pemohon boleh berhubung terus ke pihak pentadbir (administrator) melalui email utma@upsi.edu.my. Tindakan akan di ambil dalam tempoh satu (1) hari waktu bekerja.
Kemasukan program ijazah sarjana muda UPSI bagi ambilan kedua 2016 ini ialah pada bulan FEBRUARI 2017.
Sebarang perubahan info dan hebahan boleh layari http://www.upsi.edu.my/online/ [Klik Sini]
3) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Di bawah ini merupakan iklan permohonan program ijazah sarjana muda UIAM bagi ambilan kedua / ambilan sem 2 2016:
Lepasan STPM dan setaraf yang berminat untuk memohon, boleh mengemukakan permohonan secara online di ONLINE APPLICATION SYSTEM - UNDERGRADUATE IIUM [Klik Sini] (bagi SEMUA lepasan STPM, Asasi/Matrikulasi, Diploma IPTA / IPTS, STAM).
Tarikh-tarikh penting mengenai permohonan ijazah sarjana muda UIAM ambilan kedua 2016:
b) Permohonan online ditutup: 1 NOVEMBER 2016
c) Semakan keputusan: 13 DISEMBER 2016, 2.00 petang
Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui portal IIUM Kemasukan Tawaran [Klik Sini]
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat-syarat am dan khas kemasukan di pautan: ADMISSION REQUIREMENTS [Klik Sini]
Pemohon yang ingin membuat permohonan hendaklah membaca panduan pengguna di pautan: USER MANUAL E-ADMISSION SYSTEM ONLINE APPLICATION MODULE [Klik Sini]
Kemasukan program ijazah sarjana muda UIAM bagi ambilan kedua 2016 ini ialah pada bulan FEBRUARI 2017.
Sebarang perubahan info dan hebahan boleh layari http://www.iium.edu.my/ [Klik Sini]
4) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Di bawah ini merupakan iklan permohonan program ijazah sarjana muda UTHM bagi ambilan kedua / ambilan sem 2 2016:
Lepasan diploma yang berminat untuk memohon, boleh mengemukakan permohonan secara online di PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UTHM [Klik Sini] (bagi lepasan DIPLOMA SAHAJA).
Tarikh-tarikh penting mengenai permohonan ijazah sarjana muda UTHM ambilan kedua 2016:
b) Permohonan online ditutup: 31 OKTOBER 2016
c) Tarikh akhir penerimaan salinan sijil dan dokumen: 31 NOVEMBER 2016
d) Semakan panggilan Ujian MEDSI dan temuduga program PENDIDIKAN: 24 NOVEMBER - 3 DISEMBER 2016
e) Tempoh perlaksanaan Ujian MEDSI dan temuduga program PENDIDIKAN: 30 NOVEMBER - 3 DISEMBER 2016
f) Semakan keputusan: 15 JANUARI - 5 FEBRUARI 2017
g) Tarikh pendaftaran pelajar: 5 FEBRUARI 2017, bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang sahaja
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat berikut:
Timbalan Pendaftar,
Pejabat Pengurusan Akademik,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Senarai program ijazah sarjana muda UTHM yang ditawarkan boleh dilihat di pautan: PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN UTHM 2016 [Klik Sini]
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat-syarat kemasukan di pautan: SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA UTHM [Klik Sini]
Kemasukan program ijazah sarjana muda UTHM bagi ambilan kedua 2016 ini ialah pada bulan FEBRUARI 2017.
Sebarang perubahan info dan hebahan boleh layari http://www.uthm.edu.my/v2/ [Klik Sini]
5) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Di bawah ini merupakan iklan permohonan program ijazah sarjana muda UUM bagi ambilan kedua / ambilan sem 2 2016:
Lepasan diploma yang berminat untuk memohon, boleh mengemukakan permohonan secara online di PERMOHONAN PROGRAM SARJANA MUDA KEMASUKAN SEMESTER KEDUA (FEBRUARI 2017) UUM [Klik Sini] (bagi lepasan DIPLOMA SAHAJA).
Tarikh-tarikh penting mengenai permohonan ijazah sarjana muda UUM ambilan kedua 2016:
a) Permohonan online dibuka: 8 NOVEMBER 2016, 12.00 tengahari
b) Permohonan online ditutup: 27 NOVEMBER 2016, 12.00 tengahari
c) Tarikh akhir penerimaan salinan sijil dan dokumen: 8 DISEMBER 2016, 12.00 tengahari
d) Semakan keputusan: MINGGU KE-3 JANUARI 2017
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat berikut:
Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah
Senarai program ijazah sarjana muda UUM yang ditawarkan boleh di lihat di pautan: PROGRAM YANG DITAWARKAN KEMASUKAN SEMESTER KEDUA SESI 2016/2017 (FEBRUARI 2017) [Klik Sini]
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat-syarat kemasukan di pautan: SYARAT AM DAN SYARAT KHAS PROGRAM [Klik Sini]
Kemasukan program ijazah sarjana muda UUM bagi ambilan kedua 2016 ini ialah pada bulan FEBRUARI 2017.
Sebarang perubahan info dan hebahan boleh layari http://www.hea.uum.edu.my/index.php [Klik Sini]
5) UNIVERSITI MALAYA (UM) *Research university
Di bawah ini merupakan iklan permohonan program ijazah sarjana muda UM bagi ambilan kedua / sesi akademik 2 2016:
Lepasan STPM dan setaraf yang berminat untuk memohon, boleh mengemukakan permohonan secara online di KEMASUKAN E-POHON UM [Klik Sini].
Tarikh-tarikh penting mengenai permohonan ijazah sarjana muda UM ambilan kedua 2016:
a) Permohonan online dibuka: 31 OKTOBER 2016, 12.00 tengahari
b) Permohonan online ditutup: 14 NOVEMBER 2016, 5.00 petang
c) Semakan panggilan temuduga / ujian khas: 1 DISEMBER, 12.00 tengahari - 6 DISEMBER 2016, 11.59 malam
d) Semakan keputusan permohonan kemasukan: 9 JANUARI 2017, 12.00 tengahari
d) Semakan keputusan permohonan kemasukan: 9 JANUARI 2017, 12.00 tengahari
Senarai bidang program yang ditawarkan ialah:
a) Akademi Pengajian Melayu
b) Akademi Pengajian Islam
c) Fakulti Sains
d) Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
e) Fakulti Undang-Undang
f) Fakulti Ekonomi & Pentadbiran
g) Fakulti Sastera & Sains Sosial
h) Pusat Kebudayaan
a) Akademi Pengajian Melayu
b) Akademi Pengajian Islam
c) Fakulti Sains
d) Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
e) Fakulti Undang-Undang
f) Fakulti Ekonomi & Pentadbiran
g) Fakulti Sastera & Sains Sosial
h) Pusat Kebudayaan
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat-syarat kemasukan di pautan: SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA UM MENGIKUT FAKULTI SESI 2016/2017 [Klik Sini].
Kemasukan program ijazah sarjana muda UM bagi ambilan kedua 2016 ini ialah pada bulan FEBRUARI 2017.
Sebarang perubahan info dan hebahan boleh layari http://www.um.edu.my/ [Klik Sini]
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ni.