Assalamualaikum & selamat petang diucapkan kepada semua pembaca.
Admin blog pada petang ini ingin berkongsi info dan maklumat kepada lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf tahun semasa dan bukan tahun semasa dari negeri Johor khususnya dan negeri-negeri lain yang berminat untuk menjadi Guru Agama Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor melalui program:
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM, KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) AMBILAN MEI 2018
Iklan permohonan adalah seperti dibawah:
1. PROGRAM YANG DITAWARKAN
~ Diploma Pendidikan Islam
Selain daripada Diploma Pendidikan Islam, Kolej MARSAH juga menawarkan program seperti:
~ Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
~ Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
~ Diploma Syariah Islamiah
~ Diploma Usuluddin
~ Diploma Perbankan Islam
~ Diploma Kewangan Islam
Tempoh pengajian bagi kesemua program yang ditawarkan adalah 6 SEMESTER (3 TAHUN).
2. SYARAT PERMOHONAN DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM
~ Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan sekurang-kurangnya TIGA (3) Kepujian (Gred C) DAN LULUS Peperiksaan Darjah Khas Sekolah Agama Negeri Johor atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
~ Memiliki sijil-sijil lain yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia DAN LULUS Peperiksaan Darjah Khas Sekolah Agama Negeri Johor atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
~ Lulus Ujian Penempatan / Penilaian Portfolio bagi calon yang bukan dari Negeri Johor
DAN
~ Cemerlang dalam penilaian temuduga
3. TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui:
- Laman web rasmi Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH): Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) [Klik Sini]
- Portal permohonan online: Sistem Maklumat Pelajar Kolej Pengajian Islam Johor [Klik Sini]
4. TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN
a) Permohonan DIBUKA: 1 JANUARI 2018
b) Permohonan DITUTUP: 21 MEI 2018
c) Semakan PANGGILAN TEMUDUGA:-
~ Sesi pertama: 1 - 2 APRIL 2018
~ Sesi kedua: 15 - 16 APRIL 2018
d) Hebahan KEPUTUSAN permohonan: Bulan MEI 2018
e) Tarikh PENDAFTARAN pelajar baharu: 23 MEI 2018
NOTA: HANYA calon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan DIPANGGIL untuk menghadiri sesi TEMUDUGA
5. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
- Portal semakan keputusan: Akan dikemaskini
6. KADAR YURAN & PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Berikut merupakan butiran yuran yang perlu dibayar oleh pelajar:
a) Yuran Pendaftaran: RM 100.00
b) Minggu Haluan Siswa: RM 100.00
c) Alumni: RM 50.00
d) Intensif Bahasa: RM 100.00
e) Cagaran: RM 200.00
f) Yuran Pengajian: RM 7, 200.00 (RM 1,200.00 x 6 semester)
g) Yuran Penginapan: RM 5, 400.00 (RM 900.00 x 6 semester)
h) Pengurusan Makmal: RM 480.00 (RM 80.00 x 6 semester)
i) Yuran Perpustakaan: RM 540.00 (RM 90.00 x 6 semester)
j) Yuran Peperiksaan: RM 600.00 (RM 100.00 x 6 semester)
k) Yuran Kebajikan: RM 180.00 (RM 30.00 x 6 semester)
l) Insuran: RM 120.00 (RM 20.00 x 6 semester)
m) Yuran Aktiviti & Kelab: RM 480.00 (RM 80.00 x 6 semester)
JUMLAH KESELURUHAN: RM 15, 550.00
Pelajar boleh mendapatkan pembiayaan pendidikan melalui agensi-agensi berikut:
- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
- Yayasan Pelajaran Johor
- Bank Rakyat
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Bank Islam
7. MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM
Diploma Pendidikan Islam (A9229) bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam sebagai asas penting kepada bakal Guru-Guru Agama Kerajaan Negeri Johor. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu Islam yang sahih dan benar, ilmu-ilmu pendidikan, ilmu-ilmu pengurusan dan kenegaraan. Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 4 tahun (8 semester).
Matlamat program ialah:
i. Graduan yang beriman, bertakwa, mahir dalam bidang keilmuan Islam dan berkebolehan mengaplikasikannya.
ii. Graduan berakhlak luhur yang mahir berkomunikasi, boleh bekerjasama dan memiliki profesionalisme.
iii. Graduan yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan berkebolehan membuat keputusan yang tepat.
iv. Graduan yang mampu menerokai bidang-bidang korporat, keusahawanan serta sains dan teknologi.
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.