Assalamualaikum & selamat malam.
Pada kali ini, admin ingin berkongsi mengenai ambilan kedua UPSI juga khusus bagi lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf yang berminat. Iklan adalah seperti berikut:
PERMOHONAN KEMASUKAN KE UPSI SEMESTER 2 2018/2019 (PROGRAM DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA)
Pemohon yang berminat untuk memohon boleh membeli nombor BITARA ID UPSI di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM26.00 bermula 5 September 2018 untuk mengakses sistem permohonan.
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting mengenai permohonan kemasukan semester 2 2018/2019:
1. Lepasan SPM/setaraf:
a) Tempoh permohonan online: 5 September - 5 Oktober 2018
b) Tempoh penghantaran dokumen sokongan ke UPSI: Sebelum 5 Oktober 2018
c) Tarikh hebahan keputusan: 22 Oktober - 31 Oktober 2018
d) Tempoh permohonan rayuan online: 22 Oktober - 26 Oktober 2018
e) Tarikh hebahan keputusan rayuan: 13 November - 19 November 2018
2. Lepasan STPM/setaraf:
a) Tempoh permohonan online: 5 September - 5 November 2018
b) Tempoh penghantaran dokumen sokongan ke UPSI: Sebelum 5 November 2018
c) Panggilan temuduga (Bukan Pendidikan) & ujian MEDSI: 5 Disember - 13 Disember 2018
d) Ujian MEDSI dijalankan: 11 Disember - 13 Disember 2018
e) Temuduga program BUKAN PENDIDIKAN dijalankan: 11 Disember 2018 - 3 Januari 2019
f) Panggilan temuduga (pendidikan): 26 Disember 2018
g) Temuduga program PENDIDIKAN dijalankan: 1 Januari - 12 Januari 2019
h) Tarikh hebahan keputusan: 25 Januari - 4 Februari 2019
i) Tempoh permohonan rayuan online: 25 Januari - 30 Januari 2019
j) Tarikh hebahan keputusan rayuan: 15 Februari 2019
Pemohon boleh membaca panduan permohonan kemasukan ke program Diploma & Ijazah Sarjana Muda UPSI ambilan kedua ini melalui pautan: PANDUAN PERMOHONAN UPSI SEMESTER 2 2018/2019 [ Klik Sini ]
Permohonan hendaklah dilakukan di portal kemasukan pelajar UPSI:
1. Lepasan SPM/setaraf: PERMOHONAN ATAS TALIAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA LEPASAN SPM AMBILAN NOVEMBER 2018/2019 [ Klik Sini ]
2. Lepasan STPM/setaraf: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2018/2019 (FEBRUARI) [ Klik Sini ]
Pemohon yang memohon perlulah menghantar dokumen sokongan ke alamat berikut:
Urusetia Permohonan Diploma
Unit Promosi dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Segala hebahan maklumat dan perubahan tarikh akan disiarkan dalam portal kemasukan pelajar UPSI: http://www.upsi.edu.my/online/ [ Klik sini ]
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.