Assalamualaikum & selamat malam para pembaca semua.
Admin blog pada malam ini ingin berkongsi info dan maklumat kepada lepasan SPM tahun semasa dan bukan tahun semasa yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang sains kesihatan iaitu:
DIPLOMA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) SESI 2018
Iklan permohonan adalah seperti dibawah:
1. PROGRAM DITAWARKAN
a) Diploma Kejururawatan
b) Diploma Radiografi
c) Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Tempoh pengajian bagi kesemua program yang ditawarkan adalah 3 TAHUN.
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a) Umur antara 18 - 22 tahun.
b) Waraganegara Malaysia.
c) Bujang.
d) Mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik dan tidak mempunyai kecederaan / kecacatan / penyakit yang menyukarkan untuk menjalani latihan.
e) Kelayakan akademik:-
~ Lulus SPM / Setaraf dengannya dengan mendapat:
i. Gred C / kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik; SERTA
ii. Bagi program Kejururawatan: Mendapat gred C / kepujian dalam DUA (2) subjek dan SALAH SATUNYA adalah dari Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan kepada yang mengambil Biologi).
iii. Bagi program Radiografi: Mendapat gred C / kepujian dalam DUA (2) subjek dari aliran Sains Tulen (keutamaan kepada yang mengambil Fizik dan Biologi).
iv. Bagi program Teknologi Makmal Perubatan: Mendapat gred C / kepujian dalam DUA (2) subjek dari aliran Sains Tulen (keutamaan kepada yang mengambil Kimia dan Biologi).
3. CARA PERMOHONAN
a) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui:-
- Laman web rasmi PPUM : Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya [Klik Sini]
- Portal permohonan: Sistem Pengambilan Pelajar PPUM [Klik Sini]
b) Pemohon hendaklah membeli NO UNIK ID PROGRAM DIPLOMA PPUM (RM10.06 termasuk GST) di Bank Simpanan Nasional SEBELUM mengemukakan permohonan
c) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan betul sebelum dihantar.
4. TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN & HEBAHAN KEPUTUSAN
a) 5 MAC 2018 : No Unik ID mula dijual di cawangan BSN
b) 11 MAC 2018 : Permohonan DIBUKA
c) 26 MAC 2018 : Permohonan DITUTUP
d) 6 APRIL - 11 APRIL 2018 : Semakan panggilan TEMUDUGA
d) 28 MEI - 3 JUN 2018 : Hebahan KEPUTUSAN permohonan
NOTA: HANYA calon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga
5. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
- Portal semakan keputusan: Akan dikemaskini
NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.