18 March 2018

Permohonan Program Persediaan & Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Lepasan SPM Ambilan 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berita baik kepada lepasan SPM 2017 yang berkelayakan dan berminat untuk memohon ke bidang perguruan, boleh membuat permohonan ke Program Persediaan & Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dibuka Mac ini.

Berikut merupakan iklan permohonan PPISMP:



A) KETERANGAN PROGRAM  
1. Nama program: Program Persediaan & Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
2. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
3. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

B) SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia. 
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 198. 
3. Sihat tubuh badan. 
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum. 
5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Makluman: Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+) dalam mana-mana LIMA (5) mata pelajaran
6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred C/kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: 
i. Bahasa Melayu; DAN
ii. Sejarah.
7. Lulus Bahasa Inggeris. 
8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ingin dimohon (Semak di: Syarat Pengkhususan Bidang [Klik Sini]).

C) CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat PISMP 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia [Klik Sini] mulai 13 Mac 2018.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang PISMP 2018 KPM bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

D) MAKLUMAT PENTING 
1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga. 

2.  UKCG terdiri daripada DUA (2) sesi iaitu:
~ Sesi Ujian Bertulis
~ Sesi Ujian Fizikal
3.  Sesi Temuduga:-
~ Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga
~ Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
~ Sesi Ujian Amali: Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani Ujian Amali semasa temu duga
4.  Pemilihan:-
~ Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
5.  Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.
7.  Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan. 
8.  Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan atas talian (online). Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
9.  Perjanjian Pendidikan Guru:-
~ Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
~ Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian. 

E) KALENDAR AKTIVITI 
1. Iklan permohonan disiarkan: 11 MAC 2018
2. Permohonan DIBUKA: 14 MAC 2018 (12.00 PM)
3. Permohonan DITUTUP: 28 MAC 2018 (11.00 PM)
4. Semakan panggilan UKCG: 9 APRIL - 17 APRIL 2018
5. Semakan panggilan temuduga: 9 MEI - 15 MEI 2018
6. Sesi temuduga berlangsung: 13 MEI - 18 MEI 2018
7. Semakan keputusan dan tawaran (pengesahan terima tawaran dan cetakan surat tawaran): 13 JUN (1.00 AM) - 24 JUN 2018 (11.59 PM)
8. Pendaftaran pelajar baharu: 26 JUN 2018 

F) MAKLUMAT TAMBAHAN 
1. Bidang pengajian yang ditawarkan: Tawaran Bidang PPISMP 2018 [Klik Sini]
2. Manual pengguna portal permohonan: Manual Pengguna PPISMP KPM [Klik Sini]
4. Alamat dan talian yang boleh dihubungi: Info Hubungi Mengenai Permohonan PPISMP KPM [Klik Sini]

NOTA: Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada yang berkenaan boleh 'bookmark' entri ini.